Pengumuman Keputusan STPM Hari Ini

Wednesday, March 02, 2016



Assalamualaikum wbt


Keputusan STPM 2015

pengumuman keputusan peperiksaan stpm 2015

Tahniah pada adik-adik yang mengambil keputusan peperiksaan STPM hari ini.  Tak kiralah dapat berapapun yang penting semangat untuk terus menuntut ilmu tu ada dalam diri masing-masing.  Bukan senang nak sampai ke tahap korang ni...

Akak dulupun ambil STPM jugak.  Lepas dapat result SPM rasa macam down sangat sebab tak dapat nak sambung kat IPTA.  Sebenarnya boleh jer tapi sebab tak boleh nak sambung dalam bidang yang diminati, tu yang kecewa sangat-sangat. Mujurlah ada kawan-kawan bagi semangat termasuk cikgu-cikgu.  Bagi target kat diri sendiri 2 tahun kena pulun bagi dapat yang terbaik.  Alhamdulillah.....akhirnya dapat jugak masuk IPTA.

Tapi sekarang ni pelajar form 6 tak sama dengan masa akak. Kami dulu masih lagi beruniform sekolah, sekarang dah macam student U jugak, baju biasa saja. Subjek pun dah ada kelainan, begitu juga dari segi pemarkahan.

Lepas ni yang dapat keputusan cemerlang bolehlah memilih haluan yang lebih baik. Yang kurang cemerlang pun masih ada banyak ruang untuk terus belajar.  Tak semestinya tak dapat keputusan baik, anda tidak boleh cemerlang. Kadang-kadang yang kurang cemerlang sekarang ni akan jadi lebih baik daripada yang cemerlang.

Yang penting teruskan usaha.....esok kita tunggu keputusan SPM pulak....


You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook