Assalamualaikum wbt

Paling suka bila ada jemputan kenduri ialah akak boleh gantung periuk.  Bolehlah spend masa lebih sikit dengan anak-anak ataupun mengemas rumah.  Orang perempuan ni memang tak habis-habis dengan edisi mengemas rumah.  

Sabtu Ahad ada 2 jemputan kenduri kahwin. Kedua-duanya datang daripada kakak-kakak ex staff di pejabat.  Dah bertambah menantu dah kakak-kakak ni. Tak pergi pun tak boleh sebab dah kenal lama dan selalu jugak berlawak gurau senda dengan mereka semasa di pejabat.

Orang utara ni kalau kenduri boleh sampai ke malam. Tapi sekarang ni banyak kenduri buat kat dewan, paling lewat pun sampai jam 5 petang pun meriah lagi.  So kalau korang sampai tempat kenduri jam 3 atau 330 petang tu takde la rasa pelik sangat sebab mesti ramai lagi yang sedang menikmati jamuan kenduri.

Akak macam biasa, dah tau nak gantung kuali, pagi-pagi buatlah sarapan berat sikit untuk anak-anak. Lepas zohor baru bergerak ke tempat kenduri. Meriah sungguh dengan juadah menarik. Orang utara kalau kenduri mesti ada juadah berat dan sederhana . Antaranya nasi dan lauk pauk, bubur kacang, laksa..kadang-kadang disertai pula dengan ice cream, kuih muih. Meriah!!! Yang best lagi sambil makan korang dihidangkan dengan nyanyian penyanyi jemputan. Walaupun bukan penyanyi terkenal tapi performance mereka boleh tahan jugak. Leka dibuatnya. 

kenduri tak habis lagi,lauk kenduri

Laksa ni macam dah jadi menu wajib bila ada kenduri kahwin.  Kalau tak mau makan nasi, boleh lah makan laksa. Laksa orang utara ni memang sedap. Ni semangkuk untuk en hubby akan makan bubur kacang.

kenduri tak habis lagi,lauk kenduri

Dapat lauk kenduri macam ni, terbuka selera nak makan. Dah kenyang pun boleh rasa lapar balik. 

Minggu depan ni bermula cuti sekolah pulak, tentu banyak lagi jemputan kenduri. Nampaknya episod gantung kuali akan berterusan lagi.

2 Comments

  1. suka lauk kenduri...sedap sangat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...tapi bila dah berderet-deret kenduri...memang tak lalu dah nak makan..

      Delete