Ke Mana Lagi Kuah Tu Nak Tumpah

Wednesday, March 02, 2016


Assalamualaikum wbt 


Bila anak-anak dah besar ni masing-masing dengan minat dan cara masing-masing.  Mujur ketiga-tiga anak akak yang dan besar ni memang aktif sejak dari tadika lagi. Macam-macam aktiviti yang mereka minta kebenaran untuk sertai samada sukan, aktiviti in door, pasukan beruniform dan lain-lain lagi.  Akak dan en hubby takde masalah untuk minat mereka ini asalkan tidak tinggal pelajaran.  Kalau ada hari yang tak boleh masuk kelas sebab terlibat dengan aktiviti-aktiviti begini, kenalah pastikan cover balik pelajaran yang tertinggal.  Selagi mereka follow rules yang kami dah setkan ini, takde masalah untuk mereka terus aktif.

Bezanya bila meningkat umur masing-masing, minat mereka lebih menjurus. Abang irfan lebih kepada sukan berpasukan.  Setakat ini dia dah menyertai pasukan kriket, bola baling dan hoki sekolah hingga ke peringkat negeri.  Memang dah gelap dah anak akak yang sorang ni tiap-tiap hari berjemur tengah padang, tambahan cuaca sekarang panas ya amat!!! 

ke mana lagi kuah tu nak tumpah, aktiviti anak-anak


Aksi terkini dalam kejohanan bola baling peringkat zone bawah 18 tahun Pulau Pinang.  Esok masuk peringkat negeri pulak selepas menjadi johan di peringkat zone minggu lepas. Habis bola baling, giliran kejohanan kriket pulak.

Afiah, lebih kepada pasukan beruniform. Dari sekolah rendah melibatkan diri dengan kawad kaki. Masuk pertandinga juga sampai peringkat negeri. Dulu masa sekolah rendah dengan pasukan Puteri Islam, di sekolah menengah pula dah masuk pasukan kadet bersatu tentera laut. Minat ke situ, ibu ayah layan jugak. Masing-masing dah gelap lepas hari-hari di tengah padang. Tak lama lagi dipilih pula untuk kem kenaikan pangkat. 

ke mana lagi kuah tu nak tumpah, aktiviti anak-anak


Segak kan masing-masing dengan uniform.  Sekarang ni hari-hari dok belek muka dah berbelang-belang. 

Amira, masih lagi belum begitu menjurus. Sama macam abang dan kakak, masa di sekolah rendah aktiviti sukan berpasukan dan pasukan beruniform masih menjadi pilihan. Cuma amira rajin terlibat dengan kegiatan seni tarian dan persembahan. Kadang-kadang akak pun hairan, manalah datangnya minat dia ke aliran yang satu ini.

ke mana lagi kuah tu nak tumpah, aktiviti anak-anak


Bila tengok dia buat persembahan....hebat jugaklah mengingat langkah demi langkah tarian yang dipersembahkan. Kagum kejap mak kau ni!!!!

Dik Wan?...belum lagi. Kami biarkan dia aktif dalam apa juga aktiviti di tadika. Nampaknya anak-anak memang mengikut minat kami dulu. Dalam pelajaran juga masih tidak mengecewakan kami.  Seiring keduanya.  So, korang kalau anak-anak aktif tu jangan risau, yang penting pemantauan ibu bapa sahaja supaya anak tidak leka.  Anak-anak yang aktif sebenarnya otak mereka sentiasa berfikir dan bekerja. 

Ke mana tumpahnya kuah kan????

You Might Also Like

3 comments

  1. Rindunya zaman sekolah menengah dulu Ain aktif kadet juga..! memang hitam berbelang-belang muka.. hahahahaaa.. tapi tu lah kenangan manis.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ain...akak masa belajar suka benau main sofbal kat padang....memang gelap ler bila selesai satu2 game...

      Delete
  2. bagus2..yang penting seimbang akademik dan kokurikulum...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook