Jangan Kedekut Kalau Tak Nak Rugi

2:24 PM


Assalamualaikum wbt

Sepagian meeting, sampai tepu rasa otak nak berfikir. Macam biasa, bila meeting adalah tambahan kerja yang perlu dibuat. Nampaknya terpaksalah plan entry betul-betul supaya blog ni tak kesepian...cewahh...

Sementara nak rehatkan kepala sat, bolehlah update entry satu.  Dok menghitung hari gaji nak masuk...awatlah rasa lambat.  Bulan ni memang nak kena betul-betul buat sekatan perbelanjaan memandangkan kereta akak nak kena renew insuran dan roadtax.  Bukan satu, dua-dua kereta sekali pulak tu...rasa nak fengsan kejap!! Yang satu yang akak guna memang dah buat allocation siap-siap daripada awal tahun, cuma yang en hubby punya nak kena back up sebab allocation dah guna untuk baiki kereta bulan lepas, tu pun tak berapa ok lagi. Buat mana yang boleh dulu!!! Kereta lama camtu lah...mujur ansuran bulanan dah takde lagi. Bila nak tukar yang baru?..Belum difikirkan lagi...guna la dulu selagi bolehhhh....

Tips Jimat ganti cermin kereta

Bila nak renew insuran kereta pastikan korang ambil sekali insuran untuk cermin terutama cermin depan.  Tak banyak pun dalam RM150-250 je. Kalau nak ganti sendiri pun beratus-ratus jugak terbangnya.  Akak memang pastikan ambil insuran cermin ni. Kadang-kadang kita berhati-hati, tapi bila di atas jalanraya apapun boleh jadi.  Macam baru-baru ni cermin depan kereta akak kena batu yang datangnya dari roda kereta di hadapan kami. Bunyi kena sikit, tapi kesannya....

jangan kedekut kalau tak nak rugi, tips jimat ganti cermin kereta


Mujur ada insuran cover. Selamatlah duit akak!! Bayar RM240 boleh cover RM1600 ..ok lah kan!! Sekarang ni gunalah dulu cermin retak tu sementara nak tunggu gantinya sampai. 

Korang yang berkenderaan sendiri, jangan fikir sangat....akak memang galakkan korang ambil insuran cermin ni..malang tak berbau ..... 

You Might Also Like

1 comments

  1. saya masa awal2 dulu je ambik insurans kereta dengan cover sekali cermin kereta ni.. sejak setahun dua ni takde ambik dah.. time tak ambik ni la plak cermin kena batu.. aduhaiiiii.. :(

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

top social

Pinterest

Subscribe