Assalamualaikum wbt

Perkongsian menarik daripada Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah di fb.  Akak kongsikan di sini untuk renungan bersama semoga kita sentiasa beringat dalam apa juga yang kita lakukan. 

Hari ini masih kuat dan gagah, mungkin esok nak bangun pun termengah-mengah
Hari ini kalau tidak dibuat suruhan Allah, belum tentu esok ada lagi peluang dariNYA
Hari ini reaiti yang perlu dilalui dengan tabah, kerana esok hari belum pasti boleh berubah
Hari ini ahli maksiat berasa bangga dan mengah, esok hari mungkin menyesal tak sudah
Hari ini berpakaian jubah dan kerudung, mungkin esok hanya kain kafan yang tiada lagi gah

hari ini dan esok, motivasi


Hari ini berpijak di atas tanah, boleh jadi esok sudah jadi penghuni dalam tanah
Hari ini berkenderaan serba mewah, esok hanya ada kereta jenazah
Hari ini janganlah bermegah-megah, kerana esok hanyalah harapan dalam pasrah
Hari ini banyakkan doa dan harap pada Allah, semoga esok hidup dalam redha Allah
Hari ini kuatkan taat, amal ibadah, moga esok masih istiqamah
Hari ini andai datang ketentuan Allah, esok terimalah ia dengan tabah
Hari ini andai ada silap dan salah, jangan tunggu esok untuk istighfar dan taubat
Hari ini kita dalam takdir Allah, esok hari hanya dalam ilmu Allah
Hari ini kita berukhuwah dan bermadah, semoga esok dikumpulkan bersama di Jannah

Moga kita sentiasa istiqamah dan bersederhana dalam kehidupan seharian....
.....In sha Allah....  

5 Comments

  1. yup betul tu, hidup dalam keadaan istiqomah.. Jika ada ilmu terus kongsi2kan mana tahu esok anda sudah tiada jadi adalah ilmu yang bermanfaat anda tinggalkan untuk org lain gunapakai.

    Jalan2 sini
    Blog Ahmad Hasif

    ReplyDelete
  2. harapnya semoga bekal yang dibawa cukup untuk menagih rahmat yang esa.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah..
    Moga dipermudahkan dalam rutin harian kita semua.

    ReplyDelete