Bila Takde Air

Thursday, March 03, 2016


Assalamualaikum wbt

Semalam 2 kali rumah takde air. Pagi masa siap-siap nak pergi kerja sekali, mujur masa tu semua dah siap mandi kecuali dik wan sebab dia pergi sekolah jam 8 pagi.  Kali kedua sebelah petang masa balik kerja tengok-tengok dah takde air. Ingatkan nak main masak-masak untuk dinner, terpaksa dilupakan. Arahan catuan dikeluarkan serta merta oleh ibu prihatin ni...hahha.....kena buat macam tu kalau tidak anak-anak main air tak kira dah kat bilik air.

Nasib baik lepas maghrib tu dah ada air semula. Akak dah plan nak pergi beli air kat mesin masuk duit tu jer untuk bekalan ambil air sembahyang, air tangki boleh budget untuk mandi, air tapisan boleh simpan untuk minum. 

Teringat masak akak masih form 6, Melaka dilanda krisis air yang agak lama selepas air empangan Durian Tunggal terpaksa dikeringkan sementara waktu. Masa tu dugaan sungguh. Pagi-pagi seawal jam 430 pagi akak dah follow arwah mak pergi angkat air di perigi yang jarangnya lebih kurang 300 meter daripada rumah. Angkat air jalan kaki tau. Kiri kanan pegang baldi, mak pulak guna pengandar untuk angkat air. Lama jugak hampir 2-3 minggu. Petang lori pulak datang hantar air, yang tu kami guna untuk basuhan - baju dan pinggan mangkuk. Air perigi guna untuk masak dan mandi. Tak pernah mandi di perigi sebab ramai orang...banyak mato-mato skodeng..hahaha....

Mulanya rasa tak seronok tapi bila dah jadi aktiviti harian, meriah pulak suasana pagi hari. Tiba sekolah masing-masing muka mengantuk.  Hmmm...dah lama tak mandi air perigi. Perigi pun dah jarang jumpa di kampung sekarang ni. 

Bila dah tinggal kat rumah taman ni, kenalah buat plan untuk menghadapi masa-masa ketiadaan air. Biasanya akak akan buat tadahan air mengikut keperluan isi rumah.

1) dalam satu tong besar letak di luar rumah untuk kegunaan membasuh baju atau pinggan mangkuk 

2) Beberapa botol besar simpan dalam rumah untuk kegunaan mengambil air sembahyang. 

3) Air dalam kolah atau baldi besar di bilik mandi memang sentiasa penuh. 

Kalau tiba-tiba takde air, sekurang-kurangnya persediaan untuk bekalan sehari ada. Tapi semalam memang tak prepare apa kecuali air tangki sahaja. Kalau berlarutan krisis air, angkut semua keperluan balik kampung hubby....hehehe...




You Might Also Like

10 comments

  1. Paling x suke kalau takde air.. Better takde letrik lagi drpd takde air :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la...tp kalau boleh biar dua-dua ada..hehe

      Delete
  2. Nasib baik kawasan rumah okay cuma internet ja yang problem.

    ReplyDelete
  3. Teringat kenangan zaman budak2 dulu.. puas dapat mandi air perigi sebab masa tu rumah arwah wan saya takde lagi air paip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang susah dah nak jumpa perigi...kalau ada pun dah kering

      Delete
  4. best nya air perigi.. sejuuukkkk....!
    Ain pun kechik2 dulu je merasa mandi air perigi kat kampung.. sekarang perigi pun dah tak jumpa lagi.. hehehehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu pulak nak mandi air perigi yang sejuk sejuk tu

      Delete
  5. better takde api dari takde air..huhu

    ReplyDelete
  6. paling tak suka bila takde notis..terus cut off macam tu je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul SA, cut off tanpa notis kita pulak tak simpan tadahan...memang sengsara dengan anak-anak kecil lagi.

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook