Assalamualaikum wbt


Lama tak share resepi mudah kat sini.  Akak memang layan yang mudah-mudah ajer. Kalau yang panjang jalan cerita memang lambat la nak buat.

Sabtu lepas, habis mesyuarat PIBG di sekolah abang irfan, abang irfan dibenarkan outing pulak. Memang takde tujuan lainlah kalau outing mesti nak balik rumah.  Mujur lah jarak daripada sekolah dengan rumah tu dalam 35 minit ajer. Kalau tak, lepak kat sekolah je la. Sampai rumah dok terfikir nak masak apa pulak. Stok barang dapur memang tak berganti lagi.  Kita jengah apa yang ada...

Akak jumpa - 1 ekor ikan bawal emas sederhana besar, cendawan butang, cili merah, cili padi, tomato, bawang besar dan bawang putih, halia....nak masak apa?

Memula ingat nak buat tomyam seafood tapi ikan saje la, tanya en hubby, bos kata masaklah sweet sour.  Maka terjadilah `Bawal Emas Sweet Sour'.  Mudah je nak buat. 

Ikan tu kena kelar-kelar sedikit sebelum digoreng. Gaulkan dengan kunyit dan garam, kalau nak campurkan sedikit tepung jagung atau tepung tempura pun boleh jugak, bagi garing sikit.  Bawang besar, bawang putih dan halia hiriskan serba sedikit. Tumis bagi naik bau. Kali ni takde masuk cili mesin tapi akak gantikan dengan sos chili Thai dan sos tomato. Tumis bagi pecah minyak sikit dan masukkan garam gula secukup rasa. Baru campurkan cendawan butang (dipotong-potong) cili padi, bawang besar potong bulat, tomato belah empat. Lain-lain sayuran ikutlah apa yang ada dalam stok anda. Sedap tau kalau guna sos chili thai ni. Bagi berkuah sikit, lepas tu tuangkan saje atas ikan goreng tadi. Makan dengan nasi panas, berebut.

bawal emas sweet sour, resepi mudah, masak cepat


Mudahkan?!! Masak ni kalau rajin memang semua rasa mudah...tapi bila tiba virus M menyerang, nak goreng ikan pun malas..hehhe

0 Comments