Bahaya Tidak Mengambil Sarapan Pagi

Wednesday, March 02, 2016

Pentingnya Sarapan Pagi

Assalamualaikum wbt

Ramai yang selalu ambil mudah untuk tidak mengambil sarapan pagi. Akak pun kadang-kadang skip. Tapi semampu mungkin akan pastikan ada sarapan pagi untuk anak-anak.  Pengambilan sarapan pagi ini sebenarnya adalah permulaan tenaga dibekalkan agar dapat menjalankan aktiviti seharian dengan cergas dan produktif.  Makanan yang dikatakan sebagai pemula inilah yang sebenarnya menjadi penjana tenaga untuk kita seharian.

Apabila kita bangun pagi sebenarnya kadar glukosa dalam darah agak rendah sebab itu perlunya kita mengambil makanan seimbang khasiatnya semasa sarapan untuk membekalkan tenaga. Anak-anak kalau tak sempat makan di rumah sebelum ke sekolah, akak akan pastikan bawa bekalan untuk di makan ketika rehat pagi nanti. Tapi sekurang-kurangnya secawan air milo mesti minum dulu.  Memang dari kecil dah diajar begini, bukan anak-anak sahaja malahan akak masa kecil dulupun beginilah yang arwah mak lakukan.

Dalam Islam juga menyarankan kita untuk bersahur sekiranya ingin berpuasa supaya tenaga dapat dibekalkan sepanjang hari. Sahur itu seumpama sarapan pagi. Sekiranya tidak mengambil sarapan pagi memang badan rasa agak lesu sedikit.

Sarapan pagi tak semestinya kena pulun masak pelbagai jenis masakan. Cukup sekadar roti bakar, roti telur atau bijirin dengan susu sahaja.  Kalau tak sempat sangat boleh je kita standby dekat rumah barang-barang makanan yang mudah disediakan. 


Bahaya tidak mengambil sarapan pagi, simple menu


Antara simple idea yang korang boleh praktikkan.  Buah-buahan pun boleh jadi sarapan yang berkhasiat seperti pisang, epal.  Mudah jer sebenarnya. So lepas ni kena pastikan hari-hari kena ambil sarapan. Kalau buah-buahan yang menjadi pilihan di waktu pagi, mesti sistem kumuhan menjadi lancar...hehehe


You Might Also Like

2 comments

  1. betul tu. bahaya kalau tak ambil sarapan pagi. roti dan susu pun cukup dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaAllah...cuba tak skip sarapan pagi..tapi hari cuti selalu terbabas

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook