Assalamualaikum wbt


Hari ni rasa mengantuk pulak di tengahari.  Buat kerja pun macam tak berapa masuk jer. Minggu ni memang kurang tidur sikit sebab adik wan tak sihat. Mula dengan demam dan sekarang masih lagi batuk-batuk terutama tengah malam menjelang subuh.  Kesian dah akak tengok dia. Dah 4 hari tak pergi tadika. Malam tak cukup tidur, masa pagi nak kejut bangun tu la dia nak sambung tidur.

Keperluan Tidur Manusia

Tahu tak berapa jam keperluan tidur manusia mengikut usia? Akak pun ingat-ingat lupa. Sejak bergelar ibu 16 tahun lepas, masa tidur akak memang dah tak menentu dah. Tambah-tambah bila masa anak-anak masih kecil.

Mengikut kajian, keperluan tidur adalah berbeza mengikut peringkat usia.  

a) Bayi memerlukan tidur 16 jam sehari.
b) Remaja memerlukan lebih kurang 8 jam tidur sehari
c) Orang dewasa pula memerlukan tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari.

Tapi biasanya, semakin meningkat dewasa, jam tidur tidak menentu.

Bahaya Kurang Tidur

Ada bahayanya kalau kita kurang tidur.  Baru akak terbaca tadi, terus nak berkongsi kat sini.  Antara bahaya yang datang sekiranya kita kurang tidur :

1) Peningkatan berat badan.
2) Tekanan darah tinggi
3) sistem imun badan kurang berkesan
4) Badan rasa lemah dan mudah lesu
5) Muka kelihatan pucat dan tidak ceria
6) Mata jadi merah
7) Jerawat mudah tumbuh di muka
8) Otak rasa berserabut dan mudah tertekan
9) sakit atau pening kepala

Pentingnya dapat tidur yang cukup. Lepas ni kul 10 malam nak kena tutup semua lampulah kalau nak cukup tidur 7 jam.  Tapi biasanya lepas jam 10 malam la akak nak settlekan iron baju, kemas rumah sikit-sikit, lipat baju kalau sempat dan biasanya lepas jam 10 malam ni la baru nak sempat tengok buku sekolah anak.

bahaya kurang tidur, keperluan tidur manusia


Takperlah, yang penting anak-anak cukup tidur supaya tak mengantuk kat sekolah.


4 Comments

  1. Shaz mmg sgt2 penting kan tidur yg cukup...let say kalau hari ni lewat tdur..shaz mesti cover ke esok kan hari nya..klu tak mmg kepala pening..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu cover masa cuti atau hujung minggu.hehe

      Delete
  2. yup memang betul tu kena tido yang cukup.. tapi saya pernah ada baca satu post d fb ada waktu2 yang jika tido masa tu waktu tido yang berkualiti.. lepas isyak sampai jam 12 am ka macm tu.. lepas tu dia cakap segar dah badan.. lupa pula nak buat screenshot post tu..

    apa2 pun jage kesihatan tu yang peting ye..

    Jalan2 sini.. Jom baca


    Apabila Laptop Masuk Workshop...> site.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu yang penting kena jaga kesihatan

      Delete