Aku Dah Kembali

Thursday, March 17, 2016


Assalamualaikum wbt

Bila bercuti, satu-satu yang paling liat nak buat ialah kena masuk ofis semula.  Siapa sama macam akak?  Melihatkan ratusan email yang masuk satu persatu dalam inbox kerja, akak dah tau hari ini hari busy. Hari menelaah kisah-kisah kerja yang dah ditinggalkan hampir seminggu yang lalu.

Nak bagi cerah mata..jom akak belanja gambar ni..

aku dah kembali, roti tampal, green tea ice


Akak panggil roti tampal. Roti canai yang ditampal dengan sebiji telur mata yang sedang-sedang gitu. Cicah dengan kuah parpu atau kuah dhal. Memang tak toleh kiri kanan dah.....

aku dah kembali, roti tampal, green tea ice


Musim-musim panas ni, kalau dapat ais memang rasa nyaman ya amat.  Hari tu ada kawan belanja GreenTea Ice. Sejuk masuk lalu tekak yang memang tengah haus. Sekarang kan fenomena ais krim malaysia makin menjadi-jadi. Sedap jugak tau buat aiskrim green tea ni. Warnanya yang hijau-hijau lumut tu memang buatkan kita jadi tertarik nak cuba rasa.

Cukup 2 gambar pembuka kembali cerita di sini.......

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook