Assalamualaikum wbt


Ada kawan berkongsi bagaimana untuk menikmati makanan disamping terus kekal sihat. Siapa yang tak nak sihat kan?..Tambah-tambah lagi bila boleh kekal sihat dan kekalkan berat badan. Dah lama tak timbang berat. Takut jarum tunjuk angka lebih besar daripada sekarang...hehe....tapi kalau ikut rasa, masih kekal dengan berat yang ada. 

The Plate Method


Rasanya ramai yang tahu kaedah ini samada mengamalkannya atau tidak.  Akak pun kekadang follow tapi selalunya memang tidak.  Erkkk...
Mengikut kaedah ini, setiap kali nak makan terutamanya makan tengahari dan makan malam, pinggan tu bahagikan kepada 3 bahagian. Satu bahagian besar dan 2 bahagian kecil. Untuk bahagian besar sila pastikan letakkan sayur-sayuran atau salad. Satu bahagian kecil untuk bijirin dan satu bahagian lagi untuk samada daging, ayam, telur.  Dengan cara ini kita dapat memenuhi kesempurnaan keperluan zat pemakanan untuk diri kita sendiri. Jangan lupa air dan buah-buahan. Dicadangkan ambil buah-buahan sebelum waktu makan dan minum air setengah jam selepas makan. Sebaiknya jangan minum air sambil sulamkan dengan suapan makanan. Tapi kadang-kadang terbuat jugak yang ni...hehhe...

Untuk pastikan badan kekal sihat, kenalah jaga pemakanan kita seharian.  Sekarang ni akak dan keluarga dah amat jarang sekali makan di luar kecuali memang dah kesuntukan masa untuk memasak.  Sekarang ni macam-macam jenis penyakit yang menyerang disebabkan oleh pengambilan dan cara pemakanan yang salah. Selagi boleh buat yang terbaik...kita kenalah cuba usahakan...

Moga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua.......



3 Comments

  1. ain selalu terbalik portion nasi dengan sayur tu..
    sayur suku pinggan, nasi yang setengah pinggan.. camne tu..!! hahahahahaa... :p

    TAHNIAH anda terpilih antara 12 blog tersenarai dalam Bloglist Mac di DRAMATIC UNIQ.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azi pun kadang-kadang gitu jugak..portion terbalik sokmo...

      Thanks...boleh la dok bertapa lama-lama kat blog dramatiq uniq

      Delete