Assalamualaikum wbt

Siapa terasa harga barang sekarang bukan main mahal lagi...sila angkat tangan?..
Akak memang terasa sangat lah dengan harga barang sekarang ni. Gi pasar pun bawak Rm50 ntah apa-apa je boleh beli.  Tambah-tambah bila cuti-cuti panjang semua orang ada kat rumah...memang perut asyik lapar jer. Boleh dikatakan hari-hari jadi kes permintaan melebihi penawaran...haha

Akak taklah rajin menyopping sangat barang-barang basah kat pasaraya.  Selalunya beli kat pasar besar atau kat pasar malam ajer.  Sekarang ni sekali beli memang untuk stok 3 atau 4 hari, bergantung kepada berapa banyak boleh beli dengan sekali peruntukan yang disediakan.  Bulan lepas, semasa tengah survey survey harga kambing kat pasaraya Mydin, akak ternampak pekerja baru letakkan stok ikan salmon yang telah siap dipotong-potong.  Ada dalam 8-10 keping setiap pack dengan harga antara RM40-48 . Nampak menarik. En Hubby pun ambillah sebungkus untuk stok kat rumah.

Hari tu dah buat sekali dan semalam kami habiskan baki 3 keping lagi. Sekeping tu kerat 2, jadinya dapatkan 6 bahagian. Puas jugaklah makan. Tambah pulak dengan kambing bakar dan spegetthi carbonara.  Buat serba sedikit ajer, tambah-tambah supaya ada pilihan nak makan.  

western food, salmon grill, resepi ringkas


Jimat banyak. Beli 7 keping harga RM43, dapat buat 2 kali masak. Kalau gi kedai western mau beratus jugak habis untuk 6 pinggan. Sekarang ni memang nak kena berjimat sungguhlah. Hari-haripun kena masak sendiri kat rumah. Masak simple-simple pun ok. Terasa nak minum teh ais?...kopi ais?.....buat sendiri ajerlah. Hubby pun kata bila keluar mengeteh malam-malam ngan kawan-kawan, dia bawak duit syiling  jer...cukuplah untuk bayar secawan kopi...huuhuhu....patutlah cawan syiling akak kejap penuh, kejap surut..hahahha......

Ehhh!!! Nak resepi salmon grill yer?

western food, salmon grill, resepi ringkas


Mudah sajer.
Salmon tu korang perapkan dengan sedikit garam, lada hitam, sedikit rosemary, bawang putih hancur, kicap cair. Biarkan lah sekejap, lepas tu bakar. Jangan bakar lama sangat nanti hilang `juicy' ikan tu.

Sos pulak.  Akak guna sos carbonara prego tu ajer. Satu tin + satu tin air. Tambahkan sedikit hirisan cendawan butang, sedikit italian herbs (oregano pun boleh) , sedikit garam dan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah jadi lebih pekat.

Hidanglah dengan beberapa hirisan lemon. Siappp!!!!

5 Comments