Assalamualaikum wbt

Entry selepas bercuti. Mood memang ke laut.  Cuti kali ni tak ke mana-mana, menghabiskan masa kat rumah ajer. Hari Sabtu tu jer ke KL sekejap buat delivery marinated lamb ke kedai-kedai yang order. Alhamdulillah...rezeki. Selesai semua singgah sekejap kat rumah kakak, kurang sihat dia. Dapat jugak jumpa cucu yang terkini, baru 3 bulan. 

Malam tu jugak kami gerak balik ke Kulim. Tak mahu gerak siang, jalan jem. Masa ke KL siang tu pun, azab sungguh tengok keadaan jalan ke utara, bumper to bumper.  Memang jem panjang berkilo-kilometer.  Malam pun banyak kereta tapi taklah terlalu padang.  Macam biasa akak dan hubby memang akan bergilir memandu kalau perjalanan begini. Akak ambil turn dulu sehingga sampai Slim River. Malam memang akak tak boleh memandu lama-lama. 

Tak berhenti mana-mana RNR pun sebab anak-anak semua tidur.  Sehingga sampai di Semanggol, hubby rasa kereta macam tak berapa selesa nak bawa. Ada bunyi....akak jengah keluar tak nampak pun apa-apa benda tersangkut, so drive la semula dengan kelajuan sederhana.  Tak sedap hati hubby berhenti juga tepi highway...tawakkal je masa tu....rupa-rupanya tayar depan sebelah akak sudah pecah daaaa......kenalah tukar. Mujur ada anak teruna yang boleh bantu.  Memang mengerikan berhenti tepi highway bila melihat kereta, lori , bas dipandu laju-laju. Sepatutnya akak dan anak-anak kena keluar dah berdiri di belakang penghadang jalan tapi waktu tu jam 3 pagi dan keadaan memang gelap hanya diterangi dengan lampu-lampu kenderaan membelah jalan. Laju sungguh.....setiap kali lori atau bas lalu terasa bergegar kereta kami.

Alhamdulillah Allah dengar doa hambaNya...dalam en hubby terkial-kial membuka skru tayar, lalu kereta peronda lebuhraya. Lega sungguh bila dari jauh akak dah nampak lampu biru berkelip-kelip di belakang. Masa tu memang tak teringat nak call PLUS...maklumlah tengah mamai terkejut dari lena. Atas kecekapan pihak PLUS, tak sampai 20 minit, tayar bertukar dan kereta kami boleh bergerak semula. Terima kasih tak terhingga pada brother yang membantu....anda datang tepat pada masanya.

Sudah berpuluh-puluh kali kami travel utara selatan, pertama kali melalui pengalaman sebegini.  Mujur semua kelengkapan berada dalam keadaan boleh guna.  Peringatan untuk anda yang suka travel macam kami - pastikan peralatan cukup, tayar spare ada angin, lampu suluh ada bateri, handphone ada bateri dan jangan sesekali panik.  

Alhamdulillah kami sampai rumah lebih kurang jam 430 pagi. 


Nilah budak kecik yang sibuk tegur orang. Arryan Harraz, cucu kakngah yang ke dua....cucu sedara akak yang ke 10......bilalah boleh jumpa lagi...

2 Comments