Tiba Masa Pergi Jua

Friday, February 26, 2016


Assalamualaikum wbt

Program ni dah sebulan berlalu, baru sempat akak nak cerita kat sini.  Majlis perpisahan anggota yang bersara awal tapi dah cukup umur 55 tahun. Kan sekarang umur persaraan dah dilanjutkan ke 60 tahun. Tempat kerja akak ni pun follow jugak walaupun bukan gomen. 

Team akak ada sorang yang ambil program vss ni atau kami panggil MESRA. Keseluruhan dalam unit ada 3 orang. Bila tanya dia orang ni kenapa nak bersara awal, salah satu jawapan - stress. Erkkk......

tiba masa pergi jua, majlis perpisahan

Wajib ambil gambar kenang-kenangan dengan semua. Kalau dulu kena susun 3 barisan, tapi semenjak re alignment semula tinggallah banyak ni saje.

Sayangnya team akak yang pergi ni memang kualiti kerja dia baik dan antara yang mudah nak berdiskusi kalau ada apa-apa masalah. Tapi apa nak buat, orang nak pergi kita takde hak untuk menghalang.  Perginya tanpa pengganti...tu yang tambah stress kat akak pulak sebab  nak kena agihkan kerja pada yang lain. Kena susun semula strategi bila dah hilang seorang anggota. 

tiba masa pergi jua, majlis perpisahan

Acara wajib makan-makan. Yang dirai tak berapa berselera. Kami yang meraikan yang lebih-lebih.  Memang waktu makan tengahari pun tu yang lapar semacam.

tiba masa pergi jua, majlis perpisahan

Jangan lupa bergambar lagi.  Ni lah antara kawan-kawan yang ada.


Sebagai menghargai jasa-jasa mereka, kami raikanlah dengan cara yang tak seberapa sebagai kenang-kenangan untuk semua.

tiba masa pergi jua, majlis perpisahan

tiba masa pergi jua, majlis perpisahan

Tanda ingatan daripada kami semua. Sesekali mailah jengok kami kat ofis ni....

Kalau ada lagi tahun ni....huhu..hilang lagi staff akak...

You Might Also Like

5 comments

  1. bersabar je la.. kena pandai agihkan tugas la lepas nie.. hehe.. waa lawanya jam tu.. btw selamat bersara kepada mereka yang akan bersara ya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...awal-awal ni memang terasa berat sbb kerja bertambah...lepas ni in sha Allah ok

      Delete
  2. bila lps sorg2 xde ni mula lah rasa bosan & rindu kan

    ReplyDelete
  3. Sedihkan saat gini...



    Jemput segmen saya ye kak
    http://www.azlindaalin.com/2016/02/segmen-bloglists-azlindaalincom-mac-2016.html

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook