Assalamualaikum wbt


Biar lambat asal dapat..
Bagi pendeposit Tabung Haji bolehlah tarik nafas lega sedikit sebab Tabung Haji dah pun umumkan bonus yang akan diterima oleh para pendeposit bagi tahun 2015. Tahun 2015 bonus tahunan adalah sebanyak 5% berbanding dengan 2014 sebanyak 6.25%.  Manakala bonus haji adalah sebanyak 3% berbanding dengan 2% pada tahun 2014.  Bermakna pendeposit yang belum menunaikan haji akan dapat lebih berbanding tahun lepas.

Tabung Haji dah umumkan bonus, tabung haji


Pengiraan bonus pendeposit tabung haji adalah mengikut jadual di bawah yang akak ambil daripada portal Tabung Haji


Tabung Haji dah umumkan bonus, tabung haji


Ok lah daripada takde langsung kan???? Pendeposit bolehlah mula menyemak akaun masing-masing bermula pada Rabu 10 Februari 2016 ni di mana-mana kaunter Tabung Haji atau ATM bank-bank rakan strategik Tabung Haji seperti Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic.  


4 Comments