Surat Cinta Yang Pertama

Tuesday, February 23, 2016


Assalamualaikum wbt


Best pulak tajuk segmen meja bulat di SinarFM bersama kumpulan Sepahtu pagi ni.  Tergelak-gelak akak sengsorang dalam kereta melayan cerita-cerita pendengar. Ada yang hantar surat berbentuk surat rasmi dan yang paling popular hantar surat letak bedak.

Akak takde pengalaman hantar-hantar surat cinta ni.  Tolong kawan-kawan tu ada la jugak sesekali, tolong karang lepas tu pandai-pandai korang lah.  Akak ni bukan lah student glamer pun, baik sangat pun tidak jugak...biasa-biasa saje.  

Di sekolah dulu biasa tengok kawan-kawan terima surat. Boleh tergelak besar bila baca isi surat yang dihantar. Ada yang nak berkenalan, ada yang terus curah rasa suka, ada yang terus offer jadi special.  Tapi tu semua cinta budak-budak sekolah. Dalam ramai-ramai tu ada lah 2, 3 pasang yang sampai mendirikan rumahtangga.

Masa di IPT, layan jugak. Layan kisah cinta roomate.  Dapat roomate glamer-glamer ni payah jugak sebab ramai sangat abang senior yang minta tolong kirim salam. Selalu kena jadi posmen dan peneman roomate dating. Dapatlah makan free, nak minta tolong pun senang..ye lah kan USM tu berbukit-bukit nak pergi bilik kuliah berpeluh-peluh ketiak dibuatnya....tambah-tambah bila kena kelas pukul 3 petang. Bila selalu teman roomate, boleh lah dapat pinjam motor kawan kejap, tak pun roomate yang pinjam, akak tumpang sampai bilik kuliah. Untungkannn........

Masuk kerja, takde dah kes-kes antar surat cinta ni. Dah dewasa kan. Tapi ada jugak kena jadi orang tengah kawan-kawan. Bila dah dewasa ni, selalunya yang bercinta terus sampai ke jinjang pelamin, takde dah main-main.  Alhamdulillah ada 2-3 pasang kawan-kawan yang akak jadi orang tengah bahagia sampai sekarang....syukur....

Akak??...Akak takde cinta-cinta. Kawan-kawan, kenal tak lama...terus nikah. Bercinta lepas kahwin ..itu lebih indah.......

You Might Also Like

8 comments

  1. kan..zaman shaz pun dulu guna surat cinta..siapa guna kertas biru lg...hehe..wangis semerbak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha....dulu memang suka nak tulis surat dalam writing pad biru...macam menarik jer yer

      Delete
  2. SA surat pertama dapat dari adik2 junior..nak jadikan kakak angkat la..apa la..hehehee..kalau bleh putar kembali masa tu kan best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan masa tu memang best kan SA

      Delete
  3. tak pernah la kirim cinta..ahaha

    ReplyDelete
  4. Selalu dapat surat cinta. Tapi kebanyakkan dari junior.. haha

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook