Rezeki Pagi Jumaat

Friday, February 19, 2016


Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah...Jumaat yang barkah.  Pagi-pagi masuk ofis, kawan hulur sebungkus pau frozen.  Terkejut gak ...ingatkan hulur apa. 

Pau ni memang sedap.  Dah banyak kali cuba. Ada inti ayam, daging, kacang merah dan kelapa.  Lembut walaupun dah sejuk. Tapi biasanya kat rumah, memang tak sempat sejuk.  Keluar saja daripada pengukus, zup zap zup zap tangan masing-masing laju jer..tau tau dah habis.  

rezeki pagi jumaat, pau frozen, frozen


Akak dah banyak kali cuba sendiri buat pau ni tapi tak berapa menjadi.  Kena usaha lagi. Biasanya bila dah tak jadi tu memang mood nak buat balik lambat sikit datangnya. 
Akak kongsi resepi yang akak copy daripada blog azlitamasammanis.  Memang suka cuba resepi kat blog tu.

***resepi di bawah adalah daripada blog azlitamasammanis.....kredit pada tuan punya blog
INTI KACANG MERAH
Resepi Oleh : Auntie Ah Khoon
Di kongsikan Oleh : Dapurzitah

1 kg kacang merah besar ~ basuh bersih dan rendam sebentar
1700 ~ 2000 gm gula pasir ~ manis bergantung pada selera, lebih gula inti tahan lebih lama
1 kg minyak jagung
garam secukup rasa
Tepung gandum secukupnya
1 helai daun pandan ~ di simpul

Kacang yang kita dah rendam tadi cuci bersih
Rebus kacang hingga mendidih.
Tutup api dan biarkan periuk bertutup selama 2 hingga 3 jam. Anda akan dapati kacang akan mengembang besar.
Rebus semula hingga kacang lembut
Bila kacang dah lembut angkat biarkan sejuk sebentar. Air rebusan jangan buang ia di gunakan untuk kisar kacang
Bila dah sejuk, kisar kacang dengan air rebusan (jangan banyak ya, sekadar untuk kisar kacang) dan kisar kacang hingga halus
Masukkan kacang dan daun pandan ke dalam kuali, Kacau sampai mendidih
Kemudian masukkan gula
Lepas tu masukkan garam halus secukup rasa lemaknya.
Bila dah mendidih , berkilat dan sebati, masukkan minyak
Kacau sampai minyak betul-betul sebati dengan kacang
Biarkan ia mendidih dan agak likat
INGAT! guna api yang kecil sahaja supaya kacang tidak hangit.
Kacang yang hangit akan memberikan aroma dan rasa yang kurang enak
Sentiasa kacau jangan sampai berkerak
Kemudian ambil tepung gandum anggaran 1/2 cawan dan ayakkan atas adunan kacang sambil sebelah tangan lagi mengacau
Ayak tepung sikit-sikit sambil di kacau
Bila adunan tidak melekat pada kuali atau mula melekang dari kuali, maka masaklah inti kacang ni tadi
Bolehlah tuang dalam bekas dan sejukkan
Simpan dalam peti ais ( Chiller ) untuk tahan lama

PAU
Resepi Dikongsikan Oleh : Iza Lan
Rujukkan : Yatie

1 kg tepung pau  atau tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Kedua-dua bahan di atas di ayak bersama

1 sudu teh garam
1/2 cawan minyak jagung atau minyak masak
2 1/4 cawan air
11 gm yis
1 sudu makan gula
2 sudu makan susu pekat manis
1 biji telur

Satukan bahan di atas dan kacau hingga gula larut
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar
Tuangkan adunan cecair sedikit-sedikit sambil di uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
Tutup doh dengan kain dan biarkan 5 minit
Ambil sedikit doh dan bulatkan sebesar bola pimpong ( anggaran berat 35 gm )
Kemudian leperkan
Masukkan inti yang telah di bulat-bulatkan sebesar guli ( anggaran berat 12 gm )
Tutup dan kemaskan
Letakkan doh atas lapik kertas minyak yang di potong segi empat atau bulat, atau letakkan atas paper cup yang di leperkan sedikit
Susun dalam kukusan, dan jarakkan sedikit antara satu sama lain
Biarkan doh naik 1 kali ganda ( jangan terlalu naik ya, sebab ia akan mengecut pula bila di kukus dan membuatkan permukaannya mengerutu dan keras)
Pastikan kukusan telah di panaskan terlebih dahulu hingga airnya betul-betul mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari kukusan tidak menitis atas pau yang membuatkan permukaan pau berkawah.
Kukus pau selama 7 hingga 10 minit
Bila dah masak, angkat kukusan dengan penutupnya sekali. Jangan buka tutupnya dahulu, biarkan sebentar baru di buka tutup kukusan. Ia mengelakkan pau terencat dan mengecut.
Keluarkan pau dan sejukkan atas redai

You Might Also Like

2 comments

  1. kalau malas makan nasi, dapat pou sebijik pun dah kenyang dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu...kalau akak sebijik pau tu kena tambah 2,3 baru kenyang hehehehe

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook