Assalamualaikum wbt

Dah lama tak share resepi.  Macam biasa kalau akak share resepi memang yang mudah dan senang untuk disediakan.  Semalam en hubby beli udang saiz sederhana. Teringin nak makan udang nestum katanya. Okay jom kita buat.

resepi udang mentega bersalut nestum, resepi mudah

Bahan-bahannya :
Udang sederhana besar (20 ekor)
Sedikit tepung gandum
Sedikit tepung jagung

garam
Telur
Nestum
susu tepung
Butter (1/2buku) tapi akak gunakan planta ajer dan minyak masak
daun kari
cili merah
sedikit gula

Bahan-bahan ni akan tak bagi sukatan. Ikut korang berapa banyak nak buat. 

Caranya:

Bersihkan udang. Buanglah kaki-kakinya. Tak perlu buang kulit. Belah belakang udang untuk keluarkan bahan-bahan yang color hitam atau hijau tu. Pecahkan sebiji telur dan gaulkan udang. Selepas itu, gaulkan pula udang dengan sesudu dua tepung gandum dan sesudu dua tepung jagung. Jangan lupa sedikit garam. Goreng dahulu udang ini agak-agak 3/4 masak.

Nestum dan susu tepung dicampurkan. Susu tepung tak perlu banyak sesudu dua sudah memadai.  Cairkan butter/mentega dalam kuali non stick.Tumiskan dahulu daun kari dan cili merah yang dihiris-hiris. Kemudian masukkan campuran nestum susu tadi dan sedikit guna. Akhir sekali masukkan udang. gaul-gaulkan lah bagi dia melekat-lekat sedikit dan nestum sedikit garing.

Dah siap dan boleh dihidangkan. Nak makan dengan nasi pun boleh atau nak makan cicah sos sahaja pun boleh. 

8 Comments

  1. Wow.Kegemaran saya tu kalau letak mentega.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan...guna butter pun sedap jugak...tp kalau dua-dua takde akak guna minyak masak ajer

      Delete
  2. sedap nya..nyum3
    boleh try la nie

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak buat udang mentega bersalut nestum.. Next week boleh try buat ni.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best..jom buat...azi dah 2 kali buat minggu lepas..hehe

      Delete
  4. dah keluar pun resepi...sedap ja nampak

    ReplyDelete