Assalamualaikum wbt

Hari ni dah Khamis. Pantasnya masa berlalu. Esok kalau di kedah ni dah mula cuti. Cuti kali ni cuti panjang. Rata-rata sekolah akan bercuti selama seminggu sebab sambutan Tahun Baru Cina. Mak ayah pulak kebanyakannya akan bercuti sehingga hari Selasa.  Panjang jugak tu kan!!  Akak pun dah terfikir-fikir nak ambil half day esok, boleh terus pergi ambil abang irfan di asrama. 

Bila cuti panjang ramai lah yang buat planning nak berjalan-jalan takpun balik kampung. Highway pasti jem. Jadi pada mereka yang bercadang-cadang untuk travel, rancang-rancanglah perjalanan anda yer. Kalau boleh elakkan kesesakan, cubalah elakkan. Kadang-kadang kesian pada yang ada anak kecil. Budak-budak ni bukan boleh bertahan duduk lama-lama dalam kereta. Itu pengalaman akak la. Sebab tu kalau akak nak balik kampung nun di selatan sana, akak akan lebih suka mulakan perjalanan di waktu malam. Selain daripada sejuk, jalan pun tak berapa sesak dan yang penting anak-anak semua lena dibuai mimpi.  Akak dan hubby ajer bergilir pegang stereng.

rancang perjalanan sebelum bercuti, jadual plus

rancang perjalanan sebelum bercuti, jadual plus

Cadangan perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS. Harap-harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kesesakan lalulintas.  Bila memandu ni selalu teringat kat family terutama kat anak-anak....

6 Comments

  1. betul tu azie, kita kena rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kadang-kadang tu main terjah jugak...hehe

      Delete
  2. Betul kak Azi...apa2 kena rancang betul2...tak rancang sure problem sana- sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat malaysia ni banyak sangat kenderaan....memang perancangan membantu

      Delete
  3. bagus jadual ni..! tapi ramai yang tak nak ikut lepas tu bebel-bebel marahkan highway.. hahahahaha.. mcm la highway tu boleh bertukar lepas dia marah2 tu.. :)

    ain balik Batu Pahat selepas subuh 6hb nanti.. harap2 tak jem.. hehehehe..

    ReplyDelete
  4. mana2 gi pun kena rancang skrg ni...insya Allah perjalanan itu di permudahkan

    ReplyDelete