Assalamualaikum wbt

Punye ler sampai tak tahu apa berlaku. Aishhh....malu sat!!
Rupanya sekarang ni tengah berlangsung Le Tour De Langkawi 2016 yer.  Dan hari ni masuk stage 2 iaitu laluan daripada Sungai Petani ke Georgetown. Yang bestnya hari ni pelumba-pelumba ni akan melalui jalan utama kat depan rumah akak. Huhu...rugi pulak tak dapat tengok.  Patutlah pepagi tadi dok tengok banyak sangat papan tanda BSN kat laluan depan rumah.  BSN merupakan penaja utama tahun ni.  Ingatkan ada apa!!!


le tour de langkawi 2016, state 2



le tour de langkawi 2016, state 2


Ingat lagi masa tempat kerja akak jadi penaja utama, sebulan sebelum kejohanan ni dah sibuk macam-macam benda nak kena buat.  Daripada persiapan tempat, susun atur dan apa aktiviti yang nak dibuat. Masa tu akak dok bahagian sales so target utama kami nakkan `crowd'. Bila ada `crowd' baru la seronok nak buat promosi.  Pelbagai acara sampingan yang kami kena jadualkan sementara menunggu pelumba-pelumba sampai di tempat penamat.  Penat tak usah nak kata lah. Tapi seronok jugak sebab dapat kumpul macam-macam cenderahati menarik yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

le tour de langkawi 2016, state 2


Pernah juga sekali dulu, pelumba-pelumba ni lalu depan rumah.  Kami siap bentang tikar tunggu mereka sampai. Kamera di tangan. Memang meriah dan menarik bila dapat mengalami sendiri sesuatu event besar.

le tour de langkawi 2016, state 2


Hari ni apa nak buat terlepas la peluang nak menyaksikan Le Tour De Langkawi 2016. Moga semuanya berjalan lancar....

**credit gambar dari page www.ltdl.com.my

2 Comments

  1. ooo dah start rupanya .. hehe baru tahu juga.. waa mesti best tgk dorg berbasikal dpn rumah kan..


    assalam jemput join segmen sy

    http://www.biskutsemperit.my/2016/02/pencarian-bloglist-bulan-mac.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dpt tengok pun sebab kerja.....huhu..

      Nanti saya join segmen tu

      Delete