Kalau Anak Kena Chickenpox

Thursday, February 18, 2016


Assalamualaikum wbt


Dah lama nak kongsi artikel ni, tapi tak sempat-sempat jugak.  Info berguna ni sekiranya anak-anak kecil anda diserang chickenpox.  Apa yang perlu anda buat?

1. Segera berjumpa doktor - jika anda mengesyaki anak terkena chickenpox, segera berjumpa doktor untuk pengesahan dan mendapatkan rawatan.

2. Bagi anak minum air kelapa - ini petua orang tua-tua yang sangat berkesan merawat chickenpox.  Air kelapa bagus diminum ketika awal terkena chickenpox kerana ia dikatakan membantu mengeluarkan chickenpox tersebut ke seluruh badan. Air kelapa juga bagus dibuat mandi oleh pesakit chickenpox.

3.  Kuarantin anak daripada pengasuh/nursery - anak anda wajib kena kuarantin. Jika tinggal di rumah pengasuh atau nurseri, ia bermakna anda tidak boleh menghantar anak sepanjang dia tidak sihat.  Chickenpox mudah berjangkit.

4. Bergilir menjaga anak - masa untuk berkorban untuk anak-anak. Lupakan kerja buat sementara waktu.

5.  Sapu losyen calamine - biasanya doktor akan bekalkan losyen calamine. Pastikan losyen tersebut disapu kerap pada badan anak untuk mengurangkan kegatalan.  Orang tua-tua dulu biasanya sarankan pesakit tidur beralaskan daun semambu. Kalau di kampung mudahlah nak dapat daun semampu, tapi kalau kat bandar.....jadi jangan tinggalkan losyen ini.

6.  Ambil paracetamol kanak-kanak - simpan termometer untuk pantau suhu badan anak.  Kalau perlu segera bagi paracetamol kanak-kanak supaya demam tidak melarat.

7.  Pakaikan lampin sahaja - jika anak masih berlampin, biarkan sahaja anak-anak berlampin sepanjang berada di rumah.  Ini untuk mengelakkan badan anak berpeluh, badan berpeluh akan menyebabkan badan jadi gatal.

8.  Minum banyak air masak - Biasanya bila badan tak sihat, selera makan akan berkurang.  Untuk mengelakkan anak anda dehidrasi, bagi anak minum banyak air dan makan makanan berbentuk cecair seperti sup, yoghurt, jus buah.

*info dari pa&ma

Anak-anak akak dah kena masa kecil. Kata orang kalau dah kena, tak kena dah lagi. Entahlah betul atau tidak.  Akak pun kena masa kat IPT, seminggu dapat cuti terus balik kampung...haha..

Sekarang ni dah ada vaksinasi untuk chickenpox ni. Bukan bermakna tak kena, tapi kurang sikit kot. Boleh dapatkan info lanjut kat doktor.

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook