Assalamualaikum wbt

Dua hari lepas dapat reminder minta siapkan prestasi tahunan bagi tahun 2015.  Tempat akak ni, penilaian prestasi tahunan dibuat dalam suku tahun pertama tahun berikutnya, bukan di hujung tahun macam sesetengah syarikat. Maklumlah pencapaian bulan Disember akan masuk tahun berikutnya, jadi kenalah tunggu bulan Januari baru nak tahu keputusannya.  Penilaian nilah yang akan menentukan samada ada kenaikan gaji atau berapa banyak bonus yang nak dapat.

penilaian prestasi tahunan



Bukan sesuatu yang mudah bila di bawah kita ada yang perlu dinilai. Bukan sorang, bukan dua ...tahun 2015 akak ada 9 orang nak kena nilai.  In sha Allah cuba buat yang terbaik mengikut apa yang mereka capai.  Harap-harap tahun ni takde lah yang tak puashati lagi. Bagi akak mudah saja, kalau tak puashati dengan apa yang dinilai, sila bagi sebab dan justifikasi kenapa pemarkahan anda perlu ditambah.  Selalunya kat sinilah yang sangkut.  

Dalam membuat penilaian, seorang ketua seharusnya kena jauhkan diri daripada favoratisme (betul ke ejaan ni?). Nilailah dengan betul, apa yang dibuat.  Bukan mudah sebenarnya.  Kena buat dengan hari-hati, rekod kena kemaskini.

Akak sendiri...hmmmmm...harap-harap lepaslah daripada paras bahaya........

4 Comments