Assalamualaikum wbt

Dah lama betul akak tak bersukan.  Larat lagi ke?...Last sekali betul-betul bersukan ialah masa sukan tempat kerja 2 tahun lepas. Fuhh..lama tu. Tapi bukanlah bermakna takde bersenam langsung. Ada je jalan-jalan dalam taman, turun naik tangga dan yang selalu buat bila keluar berjalan dengan family ialah hubby selalu cuba cari parking yang jauh daripada tempat nak dituju supaya kami berjalan beramai-ramai sambil mengeluarkan peluh.  Kalau tak ke mana-mana, sila bersihkan rumah, mesti mencurah-curah peluh keluar.

dah lama tak bersukan, sukan sekolah

dah lama tak bersukan, sukan sekolah



Tapi bukan nak cerita pasal akak bersukan. Ni kisah sukan sekolah abang irfan.  Rajin pulak ibu ayah ni pergi bagi sokongan kat anak-anak. Sambil menyelam minum air, ada perjumpaan waris pada hari yang sama tu yang akak ada kat situ.  Bukan main panas cuaca. Abang Irfan pun dah semakin gelap akak tengok.  Berpanas daripada jam 10 pagi sampai menghampiri jam 12.30 tengahari, memang mencabar sungguh. Yang menyertai pasti tak rasa sebab semangat nak menang mengatasi segala.

dah lama tak bersukan, sukan sekolah

Macam-macam gaya ada untuk memeriahkan rumah sukan masing-masing.

dah lama tak bersukan, sukan sekolah



Part yang menarik adalah semasa pertandingan tarik tali dan cheer daripada setiap pasukan rumah sukan. Macam-macam gaya ada. Salah satu cara lepaskan stress belajar jugak tu. Bagilah peluang anak-anak berseronok. 

Masa pengumuman keputusan, akak dah tak boleh tahan tambahan lagi adik wan nak air milo.....nak air milo....Terus dok kat kereta sambil menikmati kesejukan air cond...hahahha....sambil rehat-rehat tunggu sesi perjumpaan, baru akak perasan yang Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin ni dah mula terbina sejak tahun 1973 lagi.  Huh...dekat sama dengan umur akak dah.....alhamdulillah. Moga terus berbakti pada anak-anak yang dahagakan ilmu....

dah lama tak bersukan, sukan sekolah




4 Comments