Bila Balik Kampung

Wednesday, February 10, 2016


Assalamualaikum wbt

Salah satu sebab kami travel pergi balik hari yang sama ke KL semalam adalah untuk memenuhi jemputan kenduri jiran setaman dan kawan sepejabat. Alhamdulillah dapat penuhi satu undangan, kami terpaksa bergegas pulang ke kampung hubby menjengok MIL yang kurang sihat. Dah jadi rutin, hubby akan belikan ubat yang serasi dengan MIL.  

Penat masih bersisa tapi tak apalah cuti masih panjang, tak salah pun buat mana yang mampu.  Sampai di kampung pun dan lewat juga melepasi waktu Asar. Ingat nak mencari ikan di pasar tapi tiada yang berniaga pulak petang itu, sedia maklum petang makan besar untuk kaum Cina sebelum meraikan Tahun Baru Cina keesokan harinya. Dalam kepala mula ligat memikirkan apa juadah malam nanti. Singgah di gerai sayur-sayuran ajer, beli mana yang sesuai, kita jadi vegetarian lah malam ini yer anak-anak. 

Setiba rumah MIL, hubby jengok di parit depan rumah. Ternampak anak-anak ikan puyu berkejaran mencari makan. Hmmm...macam best jer kalau memancing ni. Anak-anak apa lagi suka sangat lah terutama dik Wan. Guna pancing koman je, potong buluh, ikat mata kail, korek tanah cari umpan. Beraturlah anak-anak dengan ayahnya di tepi parit menunggu kot-kot umpan mengena. Diam tak diam, dapat 6 ekor ikan puyu comel-comel jer. Sibuk pulak cari bekas untuk simpan ikan. Adik nak bawak balik ikan ni.........haaa... ye lah dik, kita bawak balik. 


Ikan puyu atau di kampung akak kami panggil ikan betuk. Mujur tak besar, kalau tak dah jadi lauk kami la malam tu....

Dah selamat pun ikan-ikan ni berenang-renang dalam kolam kecil di rumah. Tak tahu nak bertahan berapa lama. 

Pstt....untuk menu malam tu akak masak terung goreng cili bersama ikan bilis, telur dadar dan ikan pekasam goreng. En Hubby tambah lauk ikan sweet sour yang dibeli di kedai..habis seperiuk nasi kami sefamily bedal. Tak sempat nak bergambar pun, masing-masing dah kelaparan. Syukur alhamdulillah...masih ada rezeki Allah .......

You Might Also Like

6 comments

  1. Ikan puyu tu goreng berempah sedapnye.. nyum nyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah cuba...nanti boleh cuba buat puyu goreng berempah pulak...

      Delete
  2. teringat time kecik2 dl suka tangkap ikan time banjir..

    jemput singgah di Blog kita tau, kita ada buat GA...
    jangan lupe join, support & tolong sebarkan (^_^)

    ReplyDelete
  3. Owhh..! ikan puyu dengan ikan betuk tu sama eh..?
    errrr...banyak tulang kan..? ain tak pandai makan.. huhuhuuu.. sebab masa kecik2 ada history asyik tercekik tulang ikan betuk..

    tobat dah tak nak sentuh dah ikan betuk..! hehehehe.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kat selatan panggil ikan betuk...hehe

      Delete
  4. seronok balik kampung walaupun sekejap je kan..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook