Apa Nak Buat Bila Tercekik Tulang

Wednesday, February 03, 2016


Assalamualaikum wbt

Pagi tadi terdengar di sinarfm kisah tercekik tulang ikan ketika makan.  Pernah tak alami? Akak pernah juga beberapa kali. Lepas kena sanggup tak nak makan ikan yang banyak tulang tapi seketika saja lah, lepas tu makan semula.  Antara ikan yang banyak tulang halus ialah ikan parang, ikan terubuk, ikan lampam....hmmm semua tu ikan kegemaran tu.

Kalau dulu masa anak-anak bila mak masak ikan parang, mak akan asingkan dulu tulang-tulangnya dan susun isi-isi ikan di tepi pinggan nasi.  Kitapun senang ajer, ambil dan makan. Tercekik tulang ni sakit tau terutama ketika hendak menelan, rasa tak selesa. 

apa nak buat bila tercekik tulang



Beberapa cara yang akan gunakan kalau berlaku situasi begini. Antaranya ialah :

1. Kepal-kepalkan nasi putih dan terus telan tanpa kunyah.
2. Makan pisang .

Ini adalah cara yang paling suka buat. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang tidak. Hubby aku pulak kalau tak berjaya kedua-dua cara di atas dia akan suruh kita baring dan nganga mulut kemudian dia akan tarik tulang tu keluar..itupun kalau kelihatan. Ada juga yang jolok anak tekak dan muntahkan isi perut. 

Akhir sekali kalau semua cara tak berjaya  dan kalau tak tahan rasa sakit, pergilah ke klinik untuk rawatan lanjut. Tapi kalau korang tak kisah, tunggu beberapa hari, tulang tu akan mereput sendiri....tau-tau...ehh dah takde rasa sakit.

You Might Also Like

1 comments

  1. sy selalunya try cara no.1 tu...
    alhamdulillah setakat ni menjadi la

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook