Assalamualaikum wbt


Daripada 4 orang anak akak, si kecil ni la yang banyak alasan akan diberi bila kena buat kerja sekolah. Kadang-kadang alasan yang akak sendiri tak terfikir akan dikeluarkan oleh anak yang belum mencapai usia 5 tahun ni.

``Adik nak tunggu kakak balik sekolah, nanti boleh buat sama-sama......

``Alaa...adik penat la, tunggu kakak buat lah.......

``Adik buat satu jer dulu...yang lain tu nanti lepas mandi @ lepas makan @ lepas tengok kartun @ lepas main game @ lepas tengok upin ipin.... 

Antara fovarite alasan yang akan diberi bila suruh buat kerja sekolah. Tapi itu kalau ibu atau kakak yang suruh buat. Kalau ayah yang suruh buat, cepat ajer dia pergi ambil buku pergi kat meja duduk atas kerusi dan mula menulis. Elok jer tulisan dia dan ayah tak perlu duduk di sebelah. Sekejap jer siap. Kalau ibu yang suruh.....ibu kena duduk sebelah, dah tu tulisan senget benget selain daripada kejap kejap minta berhenti. Kerja yang patut boleh siap dalam masa 10 minit boleh jadi berjam-jam.

adik dan kerja sekolah, ragam anak-anak,kerja sekolah

Tulis elok-elok sebab terima arahan daripada ayah. 2 minit jer yer untuk siapkan satu mukasurat tanpa pemantauan jarak dekat. Ayah kata kalau nak ikut ayah sila buat kerja cepat sikit.

adik dan kerja sekolah, ragam anak-anak,kerja sekolah

Ramainya Rasyid yang adik lukis dan warna. Lepas puas color rasyid adik pergi lukis atas kabinet tv pulak.....aduhai anak. 

Moralnya - sila buat kerja sekolah dengan ayah yer.....hahhaha

3 Comments

  1. sama lah..kalau buat dengan ayah, buat je tanpa banyak alasan. kalau dengan mama, itu la ini la...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann...kalau buat dengan ibu memang banyak alasan diberi..hehe

      Delete