Trend Warna Pilihan 2016

Thursday, January 14, 2016


Assalamualaikum wbt


Apa trend warna 2016? Akak lebih berminat untuk tengok trend warna untuk rumah.  Bukan nak upgrade atau masuk rumah baru, cuma suka tengok kombinasinya. Manalah tau kot-kot ada rezeki lebih dan tergerak nak ubah warna dalam rumah.  Berangan dah banyak tahun tapi tak kesampaian lagi. Takper kita bagi penuh tabung dulu.

Ramai yang kata tahun ni tahun pastel dan kombinasi pastel color. Cantik warna lembut-lembut, sejuk mata memandang.

trend warna pilihan 2016

Warna-warna pilihan nippon paint. Akak suka no 1, 7 dan 8. 

trend warna pilihan 2016

Warna yang akak suka dari pilihan Dulux.  Warna terang begini selalunya sesuai untuk ruang tamu. Nampak kemas. Kalau kena dengan susunatur perabut, boleh nampak ruang kecil luas sedikit.

trend warna pilihan 2016



trend warna pilihan 2016

trend warna pilihan 2016

Gambar-gambar di atas ini pula akak ambil dari Behr Process Corp. Kombinasi pastel dan warna-warna terang menaikkan seri ruang,  Akak memang suka warna-warna lembut ni, takde lah nampak stress sangat.  Sesuai untuk menampakkan ruang luas sedikit. Sekarang ni memang tengah cuba untuk meminimalkan jumlah perabot di rumah. Tiap-tiap hujung minggu dok memikir apa yang perlu dikeluarkan dan apa yang boleh ditinggalkan.

Tunggu tabung cat penuh, bolehlah tukar warna bilik dan ruang tamu dulu.
Jom kita cantikkan rumah ku syurgaku!!!






You Might Also Like

2 comments

  1. erm...cantik pintu pink tu...
    boleh try utk warna pintu opis nnt

    jemput singgah Blog saya ye

    ReplyDelete
  2. Tunggu cukup duit baru implementkan dalam rumah.. ;)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook