Simpan Mesej Penting Di WhatsApp

Tuesday, January 26, 2016


Assalamualaikum wbt

Korang pernah tak alami situasi di mana dalam group whatsapp korang, ahli kumpulan bersembang panjang-panjang sampaikan beribu notification yang masuk. Kadang-kadang tak sempat baca sedangkan ada perkara penting yang perlu kita tau atau rujuk.

Sekarang ni app WhatsApp dah boleh simpan mesej-mesej penting yang kita rasa nak rujuk semula kemudian nanti. Mudah saja nak setkan. Bila ada mesej yang korang nak simpan, highlight pada mesej berkenaan sampai keluar box seperti di bawah. Klik pada button bintang dan mesej anda akan disimpan.


simpan mesej penting di whatsapp, whatsapp,starred messages


Bagaimana pula korang nak tengok semula mesej yang disimpan tadi?
Pergi pada setting WhatsApp, cari item Starred Message dan klik kat situ.

simpan mesej penting di whatsapp, whatsapp,starred messages


Nanti akan keluarkan semua Starred Messages yang korang dah pilih tadi. Contohnya akak nak simpan senarai blog keluarga EFG. Tak perlulah akak minta  kawan-kawan updatekan bila akak nak rujuk, akak tengok ajer kat simpanan mesej yang akak buat.

simpan mesej penting di whatsapp, whatsapp,starred messages

Mudahkan?!!



You Might Also Like

2 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook