Serunding Ikan Bilis Pembuka Selera

Monday, January 11, 2016


Assalamualaikum wbt

Sabtu hari tu akak dapat hadiah istimewa daripada kawan jauh. Best nyer!!! Rajin sungguh kawan akak hadiahkan untuk kami-kami yang jauh di mata.

Ni dia serunding ikan bilis. Serunding ni ada ceritanya sendiri. Kawan akak ni, kawan masa study di USM, seasrama dan sekampung, dulu sekolah pun sekolah yang sama.  Masa di hostel, kalau baru balik daripada cuti di kampung, masing-masing memang akan bawa bekalan istimewa masakan ibu. Kawan akak ni memang suka bawa serunding ikan bilis dan biasanya kami-kami nilah yang tukang bagi habis. Best!!! Makan pulak dengan roti.  Kira `heaven' dah tu masa bergelar student.

Serunding ikan bilis pembuka selera


Tetiba hari tu, dia post pulak kat group wasap kami hasil serunding ikan bilisnya. Kawan-kawan teringin....dengan baik hatinya dia pack untuk kami dan postkan dari Melaka. Terharu sungguh akak ni.......kawan akak kata, selain makan dengan roti, boleh buat inti mini popia, karipap mini dan tabur atas bubur nasi...hmmmm...mesti sedap kan!!

Nanti nak kena buat sendiri. Akak dah google resepinya. Nampak menarik, nanti boleh cuba. Terima kasih penyumbang resepi, akak simpan kat sini yer....

Serunding Ikan Bilis
Resepi:Norzie hany

Bahan A:
  • 400gm ikan bilis
  • 2 senduk cili kisar
  • 4 cawan santan
  • 1/2 cawan kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan B(kisar)
  • 4 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1nci kunyit hidup
  • 4 batang serai
  • 1/2 inci lengkuas
Cara membuatnya:
  1. Basuh bersih ikan bilis dan toskan airnya hingga kering
  2. Kisar halus semua ikan bilis guna pengisar kering.
  3. Panaskan kuali dan masukkan semua bahan A dan bahan B.
  4. Perasakan garam dan gula secukupnya.
  5. Kacau diatas api guna api berlahan hingga serunding kering dan berderai(mengambil masa yang lama)
  6. Bila sudah siap bolehlah angkat dan sejukkan.
  7. Serunding ini sesuai untuk buat mini popia atau karipap mini.

You Might Also Like

2 comments

  1. ana pun suka makan segala jenis serunding ni azie, menambah selera kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..takde selera pun boleh terus berselera

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook