Sehati Sejiwa Satu Family

Monday, January 25, 2016


Assalamualaikum wbt

Hari cuti tak ke mana. Bila dah selesai tugasan wajib kat rumah, mulalah dok terfikir nak belek lappy ni pulak. Akak memang dah lama tak download lagu dan save dalam lappy. Yang selalu buat kerja ni ialah anak bujang akak.  Lepas download dipindahkan pulak ke ipod masing-masing. Hari ni dek kerana mencari idea apa nak cerita di blog, carilah lagu-lagu tu ..mana tau sambil dengar boleh dapat idea mengarangkan.


sehati sejiwa satu family, janam janam


Tengok-tengok...hai..lagu Janam Janam pun ada dalam list. Haha..memang dapat idea lah mak kau ni menulis. Menarik jugak lagu-lagunya bila didengar walaupun akak tak kenal siapa yang menyanyi lagu-lagu ni..bolehlah jadi halwa telinga masa-masa boring ni.

Kalau dulu, akak memang buat koleksi lagu-lagu rock kapak. Hmmm...jiwa rock jugak. Tapi tu cerita dulu la...bukanlah lagu rock yang sampai pecah gegandang telinga tu tapi sesuailah untuk jadi peneman masa belajar. Sekarang ni dah menurun kat anak-anak pulak, asal belajar kena ada lagu...

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook