Assalamualaikum wbt

Jom semua kita ramai-ramai join segmen MommyIrra.  Syarat penyertaan senang jer, boleh nanti ramai-ramai terjah blog peserta untuk baca kisah lampau.

Segmen irrayyan | Sejarah Blog AziRahmanDotCom


Syarat Segmen irrayyan | Sejarah Blog

1. Follow blog irrayan
2. Buat satu entri bertajuk "Segmen irrayyan | Sejarah Blog XXX
(XXX = nama anda/blog anda)
4. Buat entri mengenai sejarah blog anda melebihi 300 patah perkataan. SEO yang bagus adalah jumlah perkataan dalam sesuatu entri melebihi 300 patah perkataan.
5. Tinggalkan url anda di ruangan komen entri Mommy Irra. Mommy Irra nak g baca entry korang nanti.
 
6. Tarikh tamat segmen ini adalah 24 jam selepas entry ini dipublishkan (Publish 27 Januari 2016 | 12:30).

7. Penganjur berhak menukar syarat dan sebarang perubahan akan dimaklumkan.


Sejarah AzirahmanDotCom

Awalnya, pembukaan blog AzirahmanDotCom ini ialah dengan menggunakan nama mirabeads-azi.  Masa tu memang akak tengah `menggila' dengan jahitan manik di baju. Buat blog sebab nak share hasil jahitan dengan rakan-rakan beading yang lain. Berkongsi idea dan cara jahitan, jenis manik yang digunakan selain daripada bersembang. Sebelum tu akak guna fotopages tapi lepas sorang-sorang rakan beading berubah angin ke blogspot, akak pun tak mahulah ketinggalan.

Entry awal di sini ialah pada Oktober 2009, KAT SINI

Dah lama kan blogging, tapi tu la suka-suka tak terfikirpun faedah-faedah sampingan lain. Kalau dari dulu akak aktif mengupdate memang dah beribu raban dah lah pengikut blog ni.  Pelan-pelan, akak tambah rakan maya dan tambah variasi entry - kisah travel, kisah family, rakan taulan dan kerjaya.

Rezeki bertambah bila Exchange Feed Group sudi terima akak sebagai ahli keluarganya.  Masa tu dok fikir balik betul ke nak kembali aktif? Lepas tu saja-saja cuba nasib masuk Kelab Blogger Ben Ashaari, pun diterima walaupun akak ni bukanlah aktif sangat. Dalam group wasap pun mencelah bila ada kesempatan. Seronok pulak bila dah makin bertambah-tambah rakan maya yang dikenali walaupun rata-rata boleh dipanggila adik-adik belaka. Tapi kita semua punyai rasa yang sama....

Sekarang ni akak guna nama AziRahmanDotCom .......senang nak ingat kan? Entry perkongsian pun dah makin bertambah-tambah. Iye bila banyak membaca, banyak berkawan, idea pun adakalanya datang mencurah-curah. Semoga perkongsian ini memberi serba sedikit manfaat pada semua yang sudi baca.....


5 Comments

  1. ALhamdulillah lama dah akk berblog ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama kan....sekarang ni baru sempat nak mengadap lama sikit

      Delete
  2. hehehehe.. musim jahit manik dulu ain pun gila2 juga menjahit manik.. habis semua baju nak jahit manik.. hujung minggu pergi Jalan TAR cari manik.. kikikikikii...

    seronok teringat kenangan2 dulu.. :)

    nanti jemput la singgah baca cerita ain pula ye ka azi..
    http://www.dramaticuniq.com/2016/01/segmen-irrayyan-sejarah-blog-dramatic-uniq.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan memanik....nanti kak zi terjah entry ain pulak

      Delete
  3. wah..lama jugak kak azi berblog dah :)

    ReplyDelete