Sarapan Mudah Untuk Anak-anak

Tuesday, January 05, 2016


Assalamualaikum wbt

Hari ketiga persekolahan di Kedah. Alhamdulillah akak masih lagi sempat untuk menyediakan sarapan dan bekalan untuk anak-anak ke sekolah. Memang berazam untuk menyediakan bekalan untuk mereka sekarang ni. Bila bawa bekal, wang saku tak perlulah bagi banyak dan bekalan boleh juga dikongsi bersama kawan-kawan.

Hari pertama buat roti bakar sapu kaya dan biskut. Semalam bawa bekalan oblong bersalut telur dan roti bakar. Hari ni bawa pasta dan roti telur.


Sarapan mudah untuk anak-anak, sarapan pagi, bento


Pasta ni akak dah rebus siap malam tadi jadi pagi tadi tak lah kalut sangat.  Roti balance bekal semalam ada lagi 2 keping roti putih. Pecah telur, celup roti dan bakar sekejap. Sekeping potong 4, dapatlah 8 kepingan kecil. Roti telur bekal untuk adik wan sebab dia kurang sikit berminat dengan pasta.

Mudah ajer sebenarnya. Yang penting sebelum tiba hari esok, kita dah plan dalam kepala nak buat apa. Kalau boleh siapkan plan seminggu lagi bagus. Dulu akak pernah juga siapkan seminggu plan untuk masak apa tapi kekadang bertukar selera jugak...heehehe. Jadi mudahnya plan sehari sebelum.

Jom para ibubapa...kita sediakan sendiri makanan untuk anak-anak....

You Might Also Like

1 comments

  1. Singgah petang sambil klik klik nuff.. :)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook