Permohonan UPU Online

Wednesday, January 13, 2016


Assalamualaikum wbt

Kita dah nak sampai ke pertengahan Januari 2016. Pejam celik pejam celik ...sekejap je kan. Tau tau nanti bagai yang ada anak-anak yang bersekolah - dah nak exam, ibu ayah pun mula gusar nak pastikan anak-anak belajar bagi menghadapi peperiksaan.

Bagi yang sedang menunggu keputusan peperiksaan terutamanya SPM pasti dah semakin berdebar-debar sebab dah makin hampir.  Akak dulu masa tunggu result SPM menghabiskan masa dengan belajar komputer dan menaip. Dulu kedua-dua ni rasa seperti satu keperluan sebelum melangkah ke peringkat seterusnya. 3 bulan tunggu result peperiksaan diumumkan, sempatlah habiskan pelajaran dbase, lotus,microsoft excel, word tetapi tak sempat tamatkan pelajaran menaip. Cukup dapat ingat perletakan setiap key jadi bila menaip tak perlu tengok setiap huruf tu di mana.

Bagi adik-adik dan anak-anak yang sedang menunggu keputusan SPM, korang boleh lah tengok-tengok kat mana korang nak teruskan pengajian lepas ni. Jangan berhenti setakat SPM yer, belajar lagi...walaupun kemahiran. 


permohonan upu online, SPM, STPM

Permohonan UPU online akan mula dibuka pada 18 Januari 2016 ini. Dah boleh lah beli nombor pin. Akak tak mahir lagi bab-bab permohonan online pengajian tinggi ni. Masa akak dulu mohon bertulis, hantar borang melalui pos. Lepas tu tunggulah depa mai balas melalui pos jugak. Sekarang dah mudah....dunia di hujung jari kan!!!

Semoga perkongsian ini berguna untuk semua.

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook