Assalamualaikum wbt

Semalam telah diumumkan penugbahsuaian pada Bajet 2016.  Apa yang menarik?
Berikut adalah antara yang menarik perhatian akak. 

pengubahsuaian bajet 2016


✓Kerajaan setuju untuk kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3 peratus mulai Mac 2016 – Dis 2017. Namun, caruman majikan kekal 

✓Kerajaan akan beri perlepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan dan kebawah untuk tahun taksiran 2015 

✓Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemukakan seluruh dunia 

✓Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis 

✓Program Lepasan Bursary bagi 744 pelajar untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di universiti awam dan IPTS dalam negara

✓Pengambilan baharu seramai 8,000 pelajar akan diberikan biasiswa untuk ikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama dalam negara 

Kena review pulak Bajet 2016 keluarga sendiri.....

0 Comments