Assalamualaikum wbt

Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat ditemani oleh siaran SinarFm. Tajuk kupasan pagi ini pengorbanan bagi orang bekerja.  Menarik tajuk untuk didengar. Macam-macam kisah ada. Ada yang sanggup berulang alik menaiki setiap hari motor 3 jam sehari semata-semata untuk keluarga. 



Sebagai seorang pekerja, memang tidak dinafikan kita perlu berkorban tak kira apa juga bentuk pengorbanan terutamanya masa.  Macam akak bila hari kerja, memang masa sangat-sangat terhad dengan anak-anak. Jumpa pagi, petang nanti baru dapat bertanya khabar semula. Malam terhad ketika makan dan selepas itu anak-anak dah masuk tidor.  Kalau berkesempatan bolehlah sama-sama tengokkan kerja sekolah mereka.  Tapi kenalah cover semula masa hujung minggu dan cuti sekolah.  Masa yang ada walaupun sekejap cuba digunakan sebaik mungkin. Yang penting hargai setiap saat yang ada. Tanpa disedari mereka membesar...

 Pilihan tetap di tangan kita.....

2 Comments