Assalamualaikum wbt


Sejak ada anak bujang dalam family, macam-macam keinginan remaja nak dipenuhi. Antaranya mencari pencuci muka yang sesuai. Anak bujang akak jenis aktif dengan sukan di padang. Bila balik dari asrama memang muka berkilat la sebab rajin berjemur tengah panas. Meningkat remaja maka timbullah juga bintik-bintik jerawat bertamu di wajah. Si bujang ni semuanya nak ibu cadangkan apa yang sesuai. Anak ibu sungguh!!!

Baru-baru ni akak terjumpa semula jenama yang lama hilang daripada simpanan. DASHING!! Sesuai untuk jejaka aktif di luar sana. Seingat akak dulu abang akak cukup suka dengan jenama ni. Bedak, pencuci muka semua guna Dashing

Pembersih muka lelaki aktif, dashing, pembersih muka

Dashing dengan rangkaian pencuci mukanya memang sesuai untuk lelaki aktif. Kali ini didatangkan dengan 5 formulasi mengikut kesesuaian kulit muka iaitu Acne Free, Oil Clear, Icy Fresh, Extra White dan Whitening Scrub.

Selepas seminggu menggunakan pencuci muka Oil Clear, anak teruna akak kata best!!
Whitening Scrub pun menarik!! Jadi boleh lah terus menggunakannya. Bertambah lagi la peralatan diri. Hmm...dah anak remaja begini lah!!

Pembersih muka lelaki aktif, dashing, pembersih muka

Whitening Scrub Cleanser - merupakan formulasi unik  dengan garam laut dan skrubmikro yang mengelupas dan membersihkan kulit untuk memberikan tona kulit sekata.  Menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan kulit. Ia membantu membebaskan pori tersumbat dan menghapuskan kotoran dan bintik hitam.  Penggunaan harian menyerlahkan tona kulit dan menjadikan sihat dan tampil lebih muda.  Dipertingkatkan dengan perlindungan UV.  Mengandungi menthol untuk pembersihan wajah yang lebih nyaman dan segar.

Pembersih muka lelaki aktif, dashing, pembersih muka

Icy Fresh Cleanser - merupakan formulasi unik dengan air ais glasier dan menthol yang menyegar dan melembapkan kulit.  Ia membantu menyejukkan pada kulit dengan mengurangkan kehangatan yang berlebihan.  Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan semulajadi kulit.  Dipertingkatkan dengan perlindungan UV.


Pembersih muka lelaki aktif, dashing, pembersih muka

Acne Free Cleanser - merupakan formulasi unik derivatif zink yang melawan jerawat penyebab bakteria dan mencegah pertumbuhannya.  Tanah liat membantu memberikan raut wajah yang lebih licin dan sihat tanpa kilat muka berlebihan dengan menyerap minyak daripada pori yang tersumbat serta kotoran dan toksin.  Menghalang berulangnya jerawat dan akne.  Dipertingkatkan dengan perlindungan UV.  Mengandungi menthol untuk pembersihan wajah yang lebih  nyaman dan segar.


Pembersih muka lelaki aktif, dashing, pembersih muka

Extra white cleanser - merupakan formulasi unik dengan 7 tumbuhan swiss alpine aktif yang menyeri dan mencerahkan tona kulit.  Ia bertindak sebagai pencerah kulit dan mengurangkan tompok hitam akibat sinaran UV.  Juga mengandungi mineral mikro, anti oksidan yang berkuasa untuk meningkatkan perlindungan semula jadi kulit terhadap pencemaran.  Dipertingkatkan dengan perlindungan UV.  Mengandungi menthol untuk pembersihan wajah yang lebih nyaman dan segar.


Pembersih muka lelaki aktif, dashing, pembersih muka

Oil Clear cleanser - merupakan formulasi unik dengan bambu arang untuk menghapuskan kotoran dan sebum berlebihan daripada kulit.  Ia merupakan pembersih kulit sempurna yang membebaskan pori tersumbat dengan mengeluarkan toksin jauh dari dalam kulit.  Mengandungi tanah liat yang membantu memberikan raut wajah yang lebih licin dan sihat tanpa kilat muka berlebihan dengan menyerap minyak daripada pori yang tersumbat serta kotoran dan toksin.  Dipertingkatkan dengan perlindungan UV.  Mengandungi menthol untuk pembersihan wajah yang lebih nyaman dan segar.

Pembersih muka lelaki aktif, dashing, pembersih muka

Lepas ni tak risau lah lagi kulit muka berminyak atau berjerawat sebab dah jumpa pembersih muka yang sesuai.  Dah tu si abang boleh berkongsi pulak dengan en hubby. Jimat dah tu....

0 Comments