Muffin Nuttela Mudah Disediakan Untuk Minum Petang

Monday, January 25, 2016


Assalamualaikum wbt

Haaa...tajuk panjang berjela. 
Bila cuti panjang, akak cuba penuhi dengan macam-macam aktiviti untuk anak-anak. Salah satu adalah aktiviti mengenyangkan perut. Bila perut kenyang, takdelah bunyi-bunyi sumbang ajak keluar jenjalan cari makan.  Masa ekonomi macam sekarang ni kena kurang aktiviti keluar rumah.

Pada korang yang sedang mencari menu minum petang yang mudah dan cepat disediakan, mai akak share resepi ngan korang.  Resepi ni pun akak dapat daripada muka buku. Terima kasih banyak-banyak la pada yang viralkan di fb, memang membantu.

Dalam berderet-deret resepi muffin yang dikongsikan, akak tertarik dengan Muffin Nuttella sebab bahan yang diperlukan tak banyak dan paling mudah disediakan. 

muffin nuttella mudah disediakan untuk minum petang, menu mudah


10 sudu besar tepung naik sendiri (boleh juga gunakan tepung gandum tapi kena campurkan dengan serbuk penaik)
1 cawan nuttela
2 biji telur sederhana besar
Bekas muffin dan kertas nak letak muffin

Panaskan ketuhar 180C (ikut jugak oven korang, akak panaskan 150C ajer)
Tepung tu perlu diayak terlebih dahulu. Kemudian campurkan semua bahan dan gaul sebati. Isikan 3/4 kertas muffin dengan campuran tadi. Kalau ada bahan hiasan letaklah apapun yang menarik, kalau takde pun takper. Bakar 10-15 min. Tempoh bakar korang boleh adjust bergantung pada bekas muffin yang korang guna. 

Adunan ini asalnya boleh dapat 6 biji muffin kalau guna bekas kertas muffin yang besar. Akak guna bekas kecil jadi boleh la dapat berpuluh biji jugak. Ikutlah apa yang ada kat rumah.

Dah siap bolehlah hidang dengan secawan milo panas. Fuhhh....sedappp....

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook