Assalamualaikum wbt

Dah lama tak buat aktiviti ni. Dah bertahun jugak lah. Biasanya kalau buat pun sebab join dengan program company. Kali ni kami buat program sendiri.  Penangan Dilwale lagi!!!  Asalnya takde plan pun nak pi tengok. Sembang sambil-sambil masa makan. Entah camna, boleh terkeluar idea ...jom kita pi tengok kajol. 

Asyik baca dan dengar kawan-kawan memuji kecantikan kajol dan kehebatan Dilwale, kami pun tanpa fikir banyak, lantik sorang untuk check tiket online, booking dan sebagainya.  Hari kerjakan...mudah sangat lah nak dapat seat.  DONE!!!

Maka berempat kami pun cepat-cepat apply cuti separuh hari.  Mujur jugaklah bos yang approve lain-lain jadi tak timbul masalah di situ walaupun kami dok dalam department yang sama kecuali sorang department lain.

ladies day out, dilwale


Maka keluarlah kami keesokan harinya bergembira. Betul rasa hilang stress mengadap kerja pejabat. Cukuplah walaupun sekerat hari dapat bergossip sekejap sebelum masuk panggung. Menonton pun boleh focus sebab takde gangguan anak-anak. Kagum dengan kecantikan kajol.

ladies day out, dilwale

Harus ada sesi selfi bila outing begini...


Oklah...boleh buat lagi nanti bila stress-stress......

3 Comments

  1. syok nyaaaa keluar..hehehe... jom support buku #serenitysyiralokman ^_^

    ReplyDelete
  2. best kan dapat kuar ramai-ramai dengan ladies2...
    Ladies day OUT

    ReplyDelete
  3. utg dpt boss sporting bagi half day ...

    ReplyDelete