Assalamualaikum wbt

Korang suka kucing? Akak dulu peminat kucing tapi sekarang dah kurang. Tapi kalau dapat anak kucing memang suka la buat main. Untuk peminat kucing, ada berita menarik untuk korang.  Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Kelab Kucing Malaysia akan mempersembahkan KL Tower Cat Show pada Ahad 31 Januari 2016 dan juga Isnin 1 Februari 2016 bermula jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang. KL Tower Cat Show ini akan diadakah di Megaview Banquet Hall, Kuala Lumpur. Bestlah!!!..orang KL kan cuti sempena Hari Wilayah, bolehlah beramai-ramai ke sini.


KL tower cat show, menara kuala lumpur

Kat sini nanti terdapat pelbagai jenis baka kucing yang unik dan comel. Selain daripada itu, akan diadakan juga acara dekorasi sangkar, ceramah kesihatan, pemakanan kucing dan pertunjukan fesyen kucing ...semuanya disediakan untuk penggemar kucing. 

Dengan pembelian tiket RM20, anda juga akan berpeluang ke Pelantar Pemandangan dan persembahan haiwan peliharaan di Panggung Terbuka selain daripada menyaksikan cat show ini.

Kepada yang berminat boleh ke instagram MENARAKL.

Bawalah anak-anak, mesti mereka seronok......

0 Comments