Assalamualaikum wbt

Dah sarapan? Sarapan apa pagi ni?
Pagi ni masih berpeluang menyediakan sarapan dan bekalan untuk anak-anak ke sekolah. Mak pun tumpang sekali bawa bekal.  Sebaiknya, sarapan pagi jangan diambil ringan. Sikit ke banyak ke, mesti kena ambil sebagai bekalan tenaga awal pagi sebelum tengahari tiba.

Pagi ni, akak sempat buat nasi goreng telur campur jagung dan karot atas permintaan dik Wan. Terlupa pulak nak ambil gambar. Bekalan kakak dan ibu pulak ialah sandwich sardin lebihan makan malam tadi. Memang sengaja akak masak sambil sardin tu lebih-lebih sebab plan nak buat sandwich kalau sempat. Alhamdulillah sempat sediakan kedua-duanya. Anak-anak akak biasanya akan stay back kat sekolah sampai jam 4 atau 6 petang untuk kelas kafa dan aktiviti petang. Jadi bila sediakan bekalan, wang belanja sekolah boleh lah guna untuk makan tengahari. Kalau tak jenuh jugak nak spend duit belanja sekolah. 

Jangan lupa makan pagi, sandwich, sarapan pagi

Bila buat sendiri mulalah semua nak letak lebih.....Asalkan ada bahan-bahan kat rumah, apapun boleh buatkan. Kena rajin-rajinlah penuhkan stok bahan di hujung minggu dan plan menu sekali........

Jom makan....

5 Comments

  1. jemput makan...
    time saya sekolah dulu mak rajin bekalkan kami adik beradik bekalan...time tu duit belanja RM 2.00 sorang...just belanja 50 sen je then balance simpan dalam tabung

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang selalu pesan kat anak-anak. Bawa bekal, duit belanja boleh simpan. Guna bila perlu sahaja.

      Delete
    2. itulah yang selalu pesan kat anak-anak. duit belanja simpan dan guna bila perlu shj

      Delete
  2. Terus terasa nak buat sandwich sardin plak...

    ReplyDelete