Dilwale dan Kajol

Sunday, January 10, 2016


Assalamualaikum wbt

Hujung minggu kawan-kawan sibuk mengatur jadual menonton cerita ni. Kawan-kawan dok hantar klip lagu la , screen shot la...macam-macam..semua penangan SRK dan Kajol. Ada yang menonton memang minat kat kedua-dua pelakon ni. Ada yang menonton sebab nak tengok Kajol yang dah semakin cantik.

Akak tertonton clip pembikinan lagu Gerua tu...memang hebatlah. Sanggup panjat atas bukit dengan pakai sari. Memang pengarah, kru dan pelakonnya hebat. Tak hairanlah kalau pencapaian jualan tiket cerita ni meletop-letop.

Bila la agaknya akak boleh tengok?..nak ke panggung memang tidak lah dengan budak kecik ni..en hubby tak berapa nak layan...cari cd jer la....

dilwale dan kajol

Akak ambik part ni je la....cerita bollywood ni memang scenery nya cantik lah...

Tapi penampilan kajol memang nampak bezanya.  Lepas ni ramailah yang berazam nak jadi cam kajol ni.  



You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook