Agar-agar Oreo

Tuesday, January 12, 2016


Assalamualaikum wbt

Hari ni nak kongsi resepi paling mudah buat agar-agar sedap yang disukai oleh anak-anak. Agar-agar oreo ni dah beberapa kali buat tapi tak pernah nak share lagi kat blog ni sebab asyik terlupa ajer nak ambil gambar. Kali ni, dah siap-siap terus ambil gambar dulu. Biasanya akak buat dalam bekas besar, kali ni untuk memudahkan semua makan, akak letak dalam bekas kecil-kecil. Sapa nak ambil ajer satu dan makan.


agar-agar oreo, resepi mudah, dessert mudah, pencuci mulut mudah

Bahan-bahan :
1 peket agar-agar
4-5 cawan air
1 cawan gula pasir
1 tin susu cair
3/4 cawan milo.
1 bungkus oreo yang dipatah-patahkan atau beli oreo yang saiz kecil-kecil.

Masak agar-agar sampai larut. Masukkan gula dan masak sampai gula larut dan tambahkan susu cair, kacau sampai mendidih.  Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan dengan milo. Kacau sampai sebati. Perlahankan api.  Ambil 1 cawan adunan milo, tuang dalam bekas. Biarkan sekejap. Nak bagi cepat keras, akak letak kejap dalam freezer dalam 5 min. Baki adunan tadi kena kacau dengan api perlahan supaya tak beku. Keluarkan acuan tadi dan cucuk-cucuk atau toreh-torehkan bahan yang sedikit keras tadi. Lepas tu tuangkan adunan susu pula. Mulakan tuang dari tepi sebab bahagian tengah masih lembut lagi. Tuang sikit-sikit. Lepas tu susun oreo yang telah dipatah-patahkan dan biarkan lapisan putih mengeras sedikit. Akhir sekali tuangkan baki aduan milo ke atas lapisan susu tersebut. Biarkan sejuk , nak cepat masukkan dalam peti ais.

Satu peket agar-agar, akak dapat lebih kurang 12 bekas kecil tapi tak isi penuh. Dapatlah bawa kat abang irfan 2-3 bekas dan yang lain-lain ada yang kakak dan amira bawa bekal ke sekolah.

Mudah kan....jom buat!!


You Might Also Like

6 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook