Assalamualaikum wbt

Adik dah dapat beg baru!! Bukan main seronok lagi dik wan bila dapat beg baru. Dia minta beg lain daripada hujung tahun lagi tapi akak kata sabar dulu sebab akak teringatkan point dalam woop yang masih belum ditebus, cuma tak pasti cukup atau tidak pointnya.

Lepas check, nasib baik cukup...berlebih pulak. Kalau ikutkan boleh tebus 2 buah beg tapi cukuplah satu, banyak-banyak pun  nanti dok pikir nak simpan kat mana pulak.  

Inilah kelebihan join komuniti woop. Jawap soalan, kumpul point dan tebus barang yang berkenan.  Dapat juga kumpul barang-barang perlu tanpa keluarkan duit poket sendiri.  Ni kali ketiga akak tebus barang menggunakan point terkumpul woop. Kali ni akak tebus beg Hi 5. Sesuailah dengan budak kecik yang suka melompat-lompat ni.  

adik dapat beg baru, hi 5, mamil, woop

Beg simple jer tapi tampak kemas dan menarik bila si kecil ni pakai.

adik dapat beg baru, hi 5, mamil, woop

Kes tak sempat nak guna.  Beg ni sampai masa akak kat opis. Budak-budak kat rumah memang excited kalau ada penghantaran barang untuk ibu. Selalunya bila ibu balik memang dah terbuka sampul barang yang dihantar...sebab budak-budak ni tahu selalu barang yang sampai ibu beli untuk dia oraang.....amboiiiii korang suka yerrr....

Pada yang masih belum join komuniti woop, jomlah register kat WOOP . Kalau rajin beri pendapat, dapatlah kumpul poin banyak-banyak. Tak salah kita beri pendapat kita dan share dengan kawan-kawan...ini bukan iklan yer, sekadar berkongsi apa yang menarik ....

4 Comments

  1. hyee..singgah sini...kata nak beli buku serenity dgn sign kan ? pm di facebook syira ye :) https://www.facebook.com/wan.syahirah.75

    ReplyDelete
  2. saya pun join woop jg, dn br je redeem bag hi 5 tu..seronok tgk anak da beg baru.hihi

    ReplyDelete