Resepi Ringkas Ikan Bilis Goreng Kicap

Wednesday, December 30, 2015


Assalamualaikum wbt

Sehari dua ni rasa nak share menu-menu ringkas ajer.  Hujung minggu dah sibuk dengan jemputan kenduri, dah makan menu berat. Apa kata sesekali kita masak yang simple dan mudah disediakan.

Masa kecil-kecil dulu aku memang suka makan ikan bilis goreng kicap. Makan dengan nasi panas-panas beserta dengan telur dadar pun dah cukup mengenyangkan. Tapi dah lama tak buat sehinggalah sahabat sekolah post gambar ikan bilis goreng kicap ni di fb. Bahan semua ada kat rumah, apa lagi akak pun tanpa berlengah terus masuk dapur. Tambahan pulak memang mencari menu untuk makan malam.

Resepi Ringkas Ikan Bilis Goreng Kicap, resepi mudah


Mudah ajer penyediaannya.

Bahan-bahan:
Ikan bilis - ikut lah banyak mana yang korang nak. Gaul sedikit kunyit dan goreng garing.
Cili padi atau cili merah - nak masuk dua-dua pun boleh
Bawang holland - potong bulat-bulat.
Kicap

Ikan bilis lepas goreng, sila ketepikan.  Dengan minyak yang sama, goreng cili padi/cili merah dan bawang sampai agak layu. Campurkan semula ikan bilis tadi dan curahkan kicap agak-agak berkuah sikit.  Dah siap!!

Mudah kan?...Makan dengan nasi panas, memang boleh bertambah-tambah. Anak-anak pun suka. 

You Might Also Like

8 comments

  1. tok nek saya pula letak lada sulah sikit kak zie, adui sedapnya dah lama x makannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh cuba letak lada sulah pulak...resepi org lama biasanya lebih sedap

      Delete
  2. sdapnya kak..kalau bulan pose.. kami selalu sahur makan gini ;)

    ReplyDelete
  3. jarang nak masak ni kalau kat rumah. tapi next time boleh try laa

    ReplyDelete
  4. Fav SA ni Kak Azi...lama x buat

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook