Pertama Kali Buat Border Pass

Monday, December 21, 2015


Assalamualaikum wbt

Awal cuti sekolah baru ni, akak dan en hubby merancang untuk bawa anak-anak makan angin ke luar negara. Dengar macam best jer kan...hehe..luar negara akak setakat sempadan ajer lah buat masa ni. Kira luar negara jugak kan??

Beruntungnya kami sebab bermastautin di negeri Kedah sebab kami hanya perlu menyediakan border pass sahaja untuk menyeberang sempadan. Lagipun target lokasi kami adalah Hat Yai dan Songkhla sahaja, memadai menggunakan border pass. Jimat banyak!!!

pertama kali buat border pass, border pass ke thailand, info imegresen


Dulu border pass hanyalah sekeping kertas sahaja tapi sekarang dah upgrade, dah macam rupa pasport pulak cuma bezanya pada warna. Tak susah pun nak buat border pass ni. Sama saja prosesnya macam korang nak buat passport. Apa yang korang perlu sediakan ialah :

1. Sekeping gambar bersaiz pasport berlatarbelakang putih.
2. Sekiranya ada anak-anak di bawah usia 12 tahun, boleh dimasukkan sekali dalam border pass ibu atau ayah.
3. Untuk anak-anak di bawah usia 18 tahun, border pass boleh buat untuk diri sendiri.
4. Salinan surat beranak dan IC anak-anak yang dah punyai IC.
5. Salinan IC ibu dan bapa.
6. Fee caj RM10 untuk setiap pass.

Salinan IC dan surat beranak tu perlu disediakan untuk setiap anak. Kalau korang tak sempat sediakan gambar dan salinan tersebut, biasanya ada kaunter khas yang disediakan oleh pihak imegresen dengan caj-caj tertentu.

Border pass ini hanya boleh diberi pada pemastautin di negeri yang bersempadan dengan Thailand iaitu Kedah, Perlis, Perak, Kelantan, Trengganu. Dengan border pass ini korang boleh lah menjelajah ke daerah Songkhla, Satun, Pattani, Narathiwat, Yala di Thailand. Kawasan lain korang kena ada passport antarabangsa.

Setiap pass boleh guna dalam jangka masa setahun.
Walaupun di media banyak kes-kes yang menakutkan berlaku di sempadan ni tapi korang jangan lah pergi ke daerah yang bergolak. Ada jer daerah lain yang korang boleh redah.

Nanti akak buat catatan lanjut percutian singkat kat Hat Yai yer. 

You Might Also Like

3 comments

  1. kalau dah ada passport antarabangsa still kena apply border pass jugak ke kak Azi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah ada pasport antarabangsa ..guna pasport sahaja dan boleh lah meluaskan lagi tempat lawatan. Border pas ni ada had kawasannya.

      Delete
  2. terengganu xbersempadan dengan thailand boleh apply border pass jugak ke..klu bawak baby kena ambik gambar dengan ibu ke xboleh masuk?..info yg berguna..tq

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook