Apa Yang Menarik di Tupperware Bulan Ini..

Friday, December 04, 2015


Assalamualaikum wbt

Korang peminat barangan Tupperware?
Mesti ramai yang mempunyai koleksi barang-barang tupperware ni kan. Aku salah seorangnya. Sanggup register jadi agen sebab nak beli dengan harga diskaun.  Dulu minat nak kumpul apa saja jenis terbaru yang dikeluarkan. Berusaha sungguh-sungguh cari buyer untuk dapatkan komisyen, sekurang-kurangnya boleh jugak bantu top up koleksi sendiri. Sekarang ni hanya koleksi tertentu sahaja yang aku simpan, bila dah banyak sangat pening pulak nak menyimpan...hahahha.....

Dalam promo terkini yang akan berakhir pada 31 Disember 2015 ni, ada koleksi menarik untuk korang kumpul. 

Apa yang menarik di tupperware bulan ini, promosi terkini, tupperware

Bekas ni untuk sapa-sapa yang rajin buat roti atau pizza. Nampak cantik ajer saiz hasilnya. Kalau nak main masak-masak dengan anak-anak korang musim cuti sekolah ni mesti seronok.

Apa yang menarik di tupperware bulan ini, promosi terkini, tupperware

Set ni pun menarik. Nampak klasik lah pada pandangan mata aku. Sesekali tetamu berkunjung atau untuk hidangan minum petang. Akak kalau beli set-set begini atau set pinggan mangkuk baru memang terus guna, takde simpan-simpan. 

Senangnya guna barang-barang plastik ni, dia tak pecah. Pakailah sampai bosan tengok. Nak bawa ke mana-manapun senang.  Ada yang kata harganya mahal. Korang kenalah pandai memilih masa promosi untuk beli barang-barang yang korang minat. Yang penting barang berkualiti dan korang boleh guna untuk jangkamasa yang lama. Tapi sekarang ni banyak ajer jenama lain yang rupabentuk nya sama seperti barangan tupperware. Pilih ajer yang mana berkenan di hati.....



You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook