Assalamualaikum wbt

Dah hampir 4 tahun aku tak melibatkan diri dengan aktiviti budak-budak tadika. Kalau tak, memang muka ni lah tiap-tiap tahun. Oleh kerana aku hantar dik wan ke Smart Reader center yang sama dengan abang kakak, jadi sedikit sebanyak dah tahu dah flow program depa.

Cuma sekarang ni dimulai dengan penyerahan sijil pada anak-anak yang dah graduate pre school dulu, lepas tu baru kanak-kanak lain turut serta. Patutlah surat kehadiran untuk dik wan minta datang sebelum jam 945 pagi.

Macam biasa persembahan anak-anak 3,4,5 dan 6 tahun berderet-deret. Macam-macam gaya macam-macam cara. Dah nama pun budak-budak, ada yang agresif, tak kurang juga yang malu-malu kucing. Tapi aku respect la teacher-teacher dia orang ni, memang pandai pujuk budak-budak. Mana yang menangis pun boleh senyap dan beri kerjasama baik.

annual concert smart readers kids, srk 2015

annual concert smart readers kids, srk 2015


Daripada keempat-empat anak akak ni, dik wan la yang tak buat perangai masa buat persembahan di usia 4 tahun, yang lagi tiga tu merah mata jugak la masa tahun pertama naik pentas, lepas tu baru okay. Budak kecik ni memang tak kisah langsung. Mujur sekali naik jer....

Aku tak tunggu sampai selesai pun sebab nak kena bawa kakak dia pergi klinik pulak.....
Lagi 2 tahun nak mengadap.....gambar pun tak ambil banyak dah ramai-ramai, malas pulak nak menyelit-nyelit...

0 Comments