Tips Percutian Yang Perlu Anda Tahu

Wednesday, November 18, 2015

Tips persediaan bercuti

Assalamualaikum wbt

Biasanya hujung tahun menjadi pilihan kebanyakan keluarga untuk keluar bercuti.  Tak kiralah samada bercuti dalam negara atau pun ke luar negara.  Tetapi sebelum tu, perlulah buat kerjarumah sedikit supaya percutian yang dirancang berjalan lancar.  

Aku masih lagi memilih-milih destinasi percutian keluarga hujung tahun ni. Ada beberapa tempat yang menjadi pilihan tetapi masih belum ada keputusan muktamad. Nak yang dekat atau yang jauh. Biasanya cuti hujung tahun ni adalah sebagai penghargaan kepada anak-anak atas usaha mereka dalam pelajaran dan kerjasama mereka dalam kerja-kerja kat rumah. 


tips percutian yang perlu anda tahu, persiapan sebelum bercuti


Dalam merancang percutian ni, beberapa perkara yang aku akan ambil kira. 

1. Survey - kena cari dulu lokasi yang nak pergi. Misalnya kalau bercadang nak berehat di tepi pantai maka lokasi-lokasi menarik yang ada pantai akan disenaraikan. Ambilkira juga soal cuaca dan lokasi. Lepas tu baru senarai pendekkan untuk pilihan akhir.

2. Promosi/pakej - ambil kira juga promosi yang ada. Biasanya ada pakej-pakej yang ditawarkan dengan harga yang menarik. Pilih ikut kesesuaian budget.

3. Budget/wang tunai/kredit kad - pemilihan lokasi juga perlu sepadan dengan budget yang ada. Ada sesetengah keluarga yang memang buat tabungan bercuti daripada awal tahun, jadi bila tiba hujung tahun takde lah perlu tambahan banyak untuk bercuti.  Bila dah pilih tempat bercuti, kena juga buat agihan untuk perbelanjaan di tempat bercuti - penginapan dan makan. Biasanya aku akan gunakan kredit kad untuk penginapan sebab kena booked dulu. 


tips percutian yang perlu anda tahu, persiapan sebelum bercuti


4. Pengangkutan - kena pastikan juga nak pergi dengan apa. Kalau bawa kenderaan sendiri, mudahlah sedikit pergerakan. Tapi kalau destinasinya jauh dan kena guna public transport, kena juga pastikan pilihan yang terbaik.

5. Peta/plan - Kalau destinasi yang pertama kali sampai, mesti kena semak dulu tempat-tempat menarik yang terdapat di situ. Kemudian kenalah plan betul-betul supaya kita tidak buang masa mencari. Peta memang penting untuk tujuan ini. 

6. Dokumen - pastikan dokumen yang diperlukan seperti pasport, kad pengenalan dan sebagainya disimpan di satu tempat yang sama terutama yang berjalan dengan anak-anak. Biasanya akulah yang akan pegang semua ic dan dokumen penting keluarga. Bukan tu sahaja, segala handphone, kabel charger, powerbank memang semua sumbat dalam beg aku. Senget bahu nak bawaknya.


tips percutian yang perlu anda tahu, persiapan sebelum bercuti


7. Beg pakaian - seminimum yang mungkin tapi pastikan mencukupi. Tapi bila bawa anak-anak kecil memang tak boleh elaklah beg yang berangkai-rangkai. Kalau dapat hantar baju ke kedai dobi memang lega sangat-sangat sebab tak perlu bawa beg lebih. 


tips percutian yang perlu anda tahu, persiapan sebelum bercuti


Ni antara perkara-perkara yang aku akan ambil perhatian ketika nak bercuti.  Biasanya bila merancang percutian ni, memang aku akan buat dari mula sampai habis.  


tips percutian yang perlu anda tahu, persiapan sebelum bercuti


Jom pilih destinasi!!

*gambar semua google

You Might Also Like

3 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook