SPM 2015.....Semoga Berjaya!!

Monday, November 02, 2015

SPM 2015

Assalamualaikum wbt

Diam tak diam, hari ni adik-adik dah mula mengharungi peperiksaan SPM. Pantas sungguh masa berlalu. Di kalangan ahli keluarga, tahun ni takde yang mengadap SPM.  Bolehlah mak ayah rehat sebentar. Tahun depan adalah 2,3 orang yang akan mengambil peperiksaan ni.

Semalam penuh wasap dengan ucapan selamat menghadapi peperiksaan buat anak-anak mahupun adik-adik kawan-kawan yang terlibat. Ye lah SPM ni boleh dikatakan peperiksaan yang akan menjadi arah tuju anak-anak seterusnya untuk mencapai cita-cita yang diidam-idamkan selama ini.  

spm 2015 bermula


Dulu keputusan SPM ditentukan dengan kiraan agregat dan pangkat. Agregat kecil memang ko power la....makin tinggi agregat makin teruklah pangkat ko dapat. Sekarang ni tengok banyak mana A yang dapat. Aku pun dah nak kena tengok-tengok lah pasal SPM dan subjek-subjeknya, tahun depan irfan dah masuk form 4 dan kena mula mengorak langkah.

Untuk anak-anak semua GOOD LUCK yer !!

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook