Sinar Pagi Berwajah Baru

Monday, November 30, 2015


Assalamualaikum wbt

Setiap pagi dalam perjalanan ke pejabat, kebiasaan aku ditemani oleh siaran radio Sinar. Perlukan  mood ceria setiap pagi sebelum melangkah masuk ofis. Jumaat lepas adalah hari terakhir untuk tiga orang penyiar radio sinar iaitu SY, KE dan Krill. Tamat sudah tugas mereka di sana, dan mulai hari ini masing-masing membawa hala tuju masing-masing.

sinar pagi berwajah baru, sepahtu


Dan pagi tadi, kedengaran lah suara-suara baru yang menggantikan otai-otai sebelum ini. Tak lain dan tak bukan ilah trio kumpulan Sepahtu. Hari pertama masuk konti rasa macam janggal agaknya. Iklan dan temubual tersiar pada masa yang sama...oklah...hari pertama nak kendalikan bilik konti tu...tentu gugup tu ada walaupun ketiga-tiga mereka dah biasa bersiaran sebelum ini.  Harap korang dapat buat yang terbaik...

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook